18 November 2010

kasih papa pd anaknya

citer kali ni dah berlaku kira kira 2hari yg lalu...mak ai skemanye..alkisahnya lepas pergi beli brngan kesihatan K-Link, kami sekeluarga pergi lah makan...terase nak makan kat Kenny Rogers...ajak lah papa pegi kat Mega Mall Kuantan..lagipun tak jauh dr tempat K-Link tu, seberang jalan je...


gmbar mknan tak sempat snap..gara gara dah lapo...hahahaha..
tp nikmatilah gmbar dr Mr Google ni yer..

mama n papa order menu yg baru Chicken & Pasta Meal
bukan yg atas tu tau,yg tu hiasan je


ni lah dessert yg mama order last sekali..
yummmmy

kisah yg sebenarnya terjadi bila farhah tak nak makan tak nak duduk...tiba2 je dia wat hal...skrg ni farhah dah pandai wat hal...mama nak amik duk dgn mama tak nak..so mama makan lah dulu..papa melayan kerenah si anak dara..so layan je lah pic ni yer..
inilah kasih papa pd anaknya... :)

papa tgh ajar hafal no tel kenny rogers :)


 papa lah tempat farhah mengadu bila tak mau dgn mama


jarang boleh tgk papa senyum meleret cmni..
ni gara gara nak test camera (auto smile)

oklah..next time mama citer lagi ek...sehingga ketemu lagi di lain siaran..

5 beradik ditinggal ibu rayu bantuan dapatkan MyKad

2010/11/18

GERIK: Lima beradik yang kematian bapa dan kini ditinggalkan ibu sejak tujuh bulan lalu merayu pihak yang bersimpati tampil membantu mereka untuk mendapatkan MyKad bagi membolehkan mereka kembali ke sekolah.

Mereka juga merayu agar ada pihak yang sudi membantu mereka untuk menyambung belajar.
Bapa adik beradik itu, Awang Bakar Jusoh, meninggal dunia pada 2 Oktober 2008 di Kuala Lumpur.
Nur Syafiqah Abdullah, 14, memiliki sijil lahir tetapi gagal mendapatkan MyKad kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menganggap dia bukan warga negara, dan disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan, dia tidak dibenarkan masuk ke tingkatan satu.

"Saya dan adik beradik berlainan bin dan binti kerana JPN kata surat nikah ibu dan ayah palsu, jadi kami diletakkan dengan bin atau binti Abdullah.

"Hanya dua adik Nur Syahidah (11 tahun) dan Muhammad Azhar (9 tahun) berbin dan berbintikan ayah iaitu Awang Bakar," katanya ketika ditemui di sini.

Berikutan gagal diterima memasuki ke tingkatan satu sejak 2009, Nur Syafiqah kini tercicir dua tahun pengajiannya dan sepanjang tempoh itu dia hanya tinggal di rumah.
Bagaimanapun, Nur Syafiqah berkata dia tetap membaca buku rakan-rakannya yang bersimpati dan sering mengikuti perkembangan melalui berita di televisyen.

Katanya, sebelum ini beliau belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Rampai di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur, dari darjah satu hingga enam.

Adiknya Muhammad Aidil Fitri, 5, masih belum mempunyai sijil kelahiran.

Nur Syafiqah dan empat adiknya kini menumpang di rumah abang mereka yang berlainan ibu, Mohd Irwandi Awang Bakar, di Kampung Bersia Lama, Bersia di sini.

Mohd Irwandi, seorang nelayan kecil Tasik Banding yang memperoleh pendapatan tidak seberapa, turut menanggung seorang isteri dan seorang anak.

Mereka kini tinggal di sebuah rumah yang dibina dengan bantuan penduduk kampung dan sumbangan peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbulan Osman.

Bagaimanapun, Nur Syafiqah berkata beban yang ditanggung abangnya ringan sedikit kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gerik membantu mereka sebanyak RM150 sebulan sejak September lalu.

Mohd Irwandi pula berkata, dia terpaksa memikul tanggungjawab menjaga lima adiknya itu ibu kepada lima kanak-kanak itu bertindak menghilangkan diri.

"Saya merayu ibu tiri saya supaya kembali kepada adik bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan masa depan mareka," katanya.

Mohd Irwandi boleh dihubungi di talian 019-5437025. - BERNAMA


berita ni dari Berita Harian Online.

Cahayamylife Giveaway

hari ini, mama nak join satu lagi giveaway...
giveaway ni simple je...sape2 pun boleh join asalkan warganegara Malaysia n menetap di Malaysia
sape sape yg nak join...just click here



Blog referral :
Nak tau ape hadiahnya
Hadiahnya adalah Handmade chocolate yang mana confirm Halal.
yummy yummy...

kalu nak rase coklat tu, cepat cepat lah join same... :)

DUE DATE ; 12 Disember 2010 (11.59pm)

Raya Raya Raya

Cerita pasal raya lagi....herm...dah namanya musim raya...raya je lah topiknya..
alkisah kali ni, menceritakan mkhabarkan bahawasanya my MIL n family ada dtg paka...mereka dtg beraya bersama2 mama papa n farhah...maklum je lah kami tak balik kg mane2 pun kali ini...at least takde lah sunyi tanpa beraya dgn family kan..lewat ptg jugak lah baru sampai...sampai je terus azan maghrib...

mulanya ingat kan satu family je dtg..tp tiba2 ade satu lagi family dtg..yg merupakan pak saudara papa (adik my MIL)...so penuh satu rumah semalam...dtg nak kenal rumah kami lah...diaorg tak penah dtg sini kot...riuh jugak lah umah smlm..papa lak balik cm biasa lah kol 7.15 lebih...

yg si comel mama ni pulak...tiba2 buat hal..tak nak duduk nak dukung aje..mayb terkejut kot tgk ramai sgt org kat umah..biasanya mama n papa je kat umah...farhah biasalah cmtu...dia mase awal2 ni tak nak g kat sape2 pun...dah lama sikit baru lah mak- mak sedara n nenek boleh amik...tp dgn atok n pak sedara dia...tak nak langsung...may awal2 tu farhah tgh recall balik, mcm penah kulihat..tp dimana ya... :)

td dlm dekat dekat kol 10pg diorg dah balik kuantan semula...hah, lupe nak kabo...diaorg dtg dgn kereta baru...pak saudara farhah baru beli...katenya dah sebulan dah beli...ape nama kereta tu ek...hehehe..mama ni bab2 kereta kantoi sikit...besar lah jugak..kiranya boleh muat sampai 8org lah..."tahniah kat ayah ngah yer, dah beli kereta baru...nnt boleh lah papa pinjam ..farhah nak gi jln2 dgn kete ayah ngah.. :)" 

oklah..sehingga berjumpe lagi...

17 November 2010

Giveaway 13 Nov - 28 Nov 2010 (6pm)


kepada sesiapa yg nk join GA ni, sila klik link ni yer..
sungguh mudah n simple je...
mane tau kot kot bertuah nnt

Beraya di paka

aidil adha kali ini, mama sekeluarga beraya di paka shj...papa kena kerja hari raya...ikut shift dia, mmg papa keje n that is his first day keje...mmg sedey lah jugak, tak dpt balik beraya kat kg...(mcm lah kg jauh sgt) hehehe..jauh tak jauh, amik mase dkt 2 jam jugak tau..

sepatutnya abg mama kat kay el, dtg beraya dgn mama, papa n farhah...tp last minute kena cancel... so sad :(  abg mama hntar msg bgtau tak jadi...kalu nak diikutkan plan yg asal..kami akan masak sama sama kat umah mama n makan ramai ramai...my mom tahun ni ada amik sebahagian daging korban...so skrg semuanya cancel...

my parent ask my brother untuk masak kat umah kat kay tee aje..aboh mama takut letih esoknya nak keje..nnt bila dtg sini for sure lmbat balik...mama fhm keje aboh mama...

sebelum tu, mama mintak abg mama ajak aboh dtg coz dah lama aboh tak g jln2...
mama harap diaorg dtg lah ...tp tak tau lah kan...kite hanya berharap..

ok lah ..sehingga berjumpe lagi...

16 November 2010

Salam Aidil-Adha



salam aidil adha 
buat semua teman teman bloggers
walau di mana jua anda berada

dari kami sekeluarga,
HADI, INA & FARHAH







Lemang & Hari Raya (Haji)

Siang tadi pegi ke Kuantan. Beli barang sikit. Bukan barang untuk sambut raya tapi barang kesihatan. Ala..barangan K-Link. Beli untuk sendiri dengan yang mak sekali.

On de way balik, singgah kat Kijal. Tempat yang femes untuk beli lemang. Biasa la kan, lemang ngan hari raya bagai ombak dan pantai (cewah...).

Tempat yang kitaorg singgah ni ialah tempat mula2 sekali (kalau on de way dari Kuantan ke Kemaman). Fullamak...ni 1st time singgah masa org balik raya. Leh tahan banyak (kenderaan la) yg dok berenti.


















Jauh gak la kena menapak. Maklumlah, banyak tempat dah org park. Kiri kanan jalan lak tu.Tapi dok nampak sangat le dalam gambo kat atas tu.

Mostly lemang dah sold out. Maybe diaorang dah tempah awal2 kot. Lagipun, memang ada nombor tepon kat (mostly) semua gerai tu. Senang sket org jauh yang nak balik. ada gak la nampak bbrp gerai dok tengah buat lemang batch baru. Baru dok tuang santan. Pedih gak mata dek asap. Last skali, jalan jauh sket kat tempat yang lemang dok banyak asap. Hehe..Lupa lak gerai nombor berapa. My hubby lak dok sibuk snap photo.Katanya utk share dalam blog I. Thank u darling.


Mama Rifqy Giveaway


" SAYA NAK BANTAL ITU!! "

Pada sesiapa yg berminat nak memiliki bantal di atas, jgn malu jgn segan..jom kita ramai ramai join GA ini..klik di sini ok! simple n mudah je syarat syarat nya...
due date GA ; 1 Disember 2010


Buat  MAMA & PAPA RIFQY...


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-2
semoga berkekalan buat selama lamanya 
dan
sentiasa berada dibawah payung rahmat Nya



15 November 2010

1 tahun 7 bulan

hari ini genaplah umur anak mama n papa setahun tujuh bulan...macam macam ragam n gaya...biasalah tu, tengah membesar kan.mama lmbat update coz hari ini pc papa punya..bila mama nak update farhah pulak "mengacau"...so  skrg mama guna laptop n papa still dgn pc..

farhah tak byk sgt vocab tp dia fhm sgt2 ape org ckp...she understands very well...ckp omputih lak..hehehe

right now, papa dia tgh snap gmbar dia..nak sgt bergmbar...kebetulan bateri 'kong', dia mare kat papa coz tak amik gmbr dia...papa kena pujuk gak lah ..

farhah, if she needs anything...perkataan yg kuar 'nak nak nak nak'..selagi tak dpt...lagi tu lah mintak.
farhah ade meja study sendiri...kat meja tu ada hari, ada nombor n abc...dia akan tunjuk n mama n papa kena baca...kalu tak ikut ape yg dia nak, dia protes lah...

ok...see u again...tatatititutu

14 November 2010

Are u that LUCKY one...??GIVEAWAY

sudah berkurun lama mama tak join mane2 GA...yer lah mama pun dah lame tak update blog kan...waktu awal awal FB riuh, mama pun tumpang memeriahkan FB gak...skrg tiba tiba rase rindu kat blog yg dah bersawang..tp skrg tak lagi bersawang...hehehe. mama akan sama sama memeriahkan FB dan blog mama...

ok, back to our GA...

kali ini GA dianjurkan oleh ILHAMNY.COM. dan ni GA yg pertama dia..mama tak nak tulis pnjang pnjg..kite layan syarat syarat yg ditetapkan..




syarat-syarat-nya.
 
1. warganegara MALAYSIA..--->semestinya... :).

2. lelaki @ pompuan, xkisah...---> mama perempuan yer...

3. mestikah jadi follower???tiada paksaan nak jadi follower @ tak...kalu ye, bonus tau...:)--->mama follow

4. mesti promote entry nih kat blog.. 
"ARE U THAT LUCKY ONE..???GIVEWAY"...
dan tinggalkan link entry itu dekat ruangan komen..--->done!

5. publish/letakkan banner 'princess Tihah' diatas kat 'sidebar' blog korang dan linkkan ke blog saya..--->done!

TIADA SLOGAN, TIADA GAMBAR ETC...
simple kan...
pemenang akan dipilih oleh Che Tihah @ Miss Random....
kalu sape sape nak join,cepat tau...dah nak close ni... :)


TARIKH TUTUP 
raya haji ni 17 NOVEMBER 2010

Cancel

Hajat di hati hari ni nak balik umah MIL kt kuantan...tp last minute papa bgtau mlm ni dia kena masuk keje ganti coz ada org MC...so tak dapt balik lah..."sori atuk dgn nenek, farhah tak dapat balik ah...papa keje..nnt bila papa cuti, farhah dtg ek.."

mlm ni, tinggal lah mama dgn farhah je kat umah..my mom dah balik kay tee pg tadi dgn adik mama. hampir seminggu gak my mom stay here. hari rabu ni, hari raya haji...papa keje..mama tak tau lagi nak balik kay tee @ tak...berbelah bagi gak ni...susah lah nak buat keputusan...nnt lah mama fikirkan...

oklah, kite jumpe semula yer..bye. :)

13 November 2010

kerja kerja pembersihan..

Ptg td akhirnya mama n papa berjaya jugak bersihkan longkang depan rumah...sebelum mengeluarkan sampah sarap dlm longkang, papa sembur ridsect dulu..bg semua nyamuk pengsan...
mmg byk betul botol dlm longkang, entah dr mana pun tak tau. mama n papa naik hairan...nak kata kami punya, semua botol akan dibuang terus dlm tong...tak pernah pulak buang dlm longkang...dah longkang rumah kita tak kan nak biar bertakung dgn botol lak kan..

satu hal lagi..tanah n pasir pun bertimbun menutupi dasar longkang...jenuh nak korek tu..tp alhamdulillah berjaya jugak..

bila difikir n disiasat oleh papa, rupa rupanya longkang ni tak bersambung dgn longkang yg besar...kiranya air yg bertakung tak ke mana mana lah..duk dlm longkang depan rumah je...dan satu lagi, byk botol2 terdapat kat dlm longkang rumah sebelah yg tak berpenghuni...penghuni ada tp kadang kala je ada..mayb ada company yg sewakan rumah tu tuk pekerja diaorg kot.

so, hari ni sempat lah bersihkan longkang tu walaupun guruh berdentum tp tak hujan pun...
gmabar????lupa lak nak snap..hehehe


  gambar dr Mr Google..
lebih kurang cmni jugak lah longkang umah mama :)

hari minggu...

hari ni hari sabtu...hujung minggu,apa nak dibuat ek...skrg ni kan, pada mama lah kan..semua hari sama je...hari keje n tak keje same je..mmg lah sebab mama tak keje..the point is, papa keje tp keje shift.faham faham je lah..bila keje shift ni..setiap hari sama je...hari ni first day off samapi hari selasa..hari rabu keje semula..4 hari keje 4 hari off...tu tak kira lagi kalu org panggil masuk keje...

kelebihan keje shift ni kan, kalu nak g ofis mane2 je lah kan..senang je..tak yah apply cuti @ kuar waktu lunch..kite boleh g dgn senang hati je.tu satu sebab.yg lain2 fikir sendiri lah yer...
tapi kan satu je yg mama susah sikit ni, bila time cuti @ hujung minggu lah org nak buat kenduri @ jamuan.. time tu jugak lah kdg2 papa keje...so cmner nak pegi...terpaksa batal je lah...bgtua elok2 tak dpt pegi..

dan hari ini, papa sedang tidur lagi..maklum lah semalam keje (keje mlm)masuk keje kol 7.15mlm - 7.15pg begitulah sebaliknya kalu keje siang..
nak plan pape, papa ckp plan after dia bgun tido...so kite tgu je lah ape nak dibuat nye.

cadangan nak bersih longkang depan umah..hopefully ptg ni tak hujan...byk sgt sampah sarap dlm longkang,ntah dr mane pun tak tau..dah lah longkang ni tak salur ke mane2 dah..asyik pusing sekitar taman je...air bertakung cmtu je..nyamuk pun byk skrg ni..bimbang lak mama..bimbang takut kena denggi je...

 sebelum


selepas

 cegah sebelum terlewat



oklah,jumpe lagi...

warna.....

setiap org ada warna kesukaan masing masing...mama pun ada, tp kan bila tgk byk sgt warna...rase suka kat semua lah...huhuhuhu
jom layan warna bunga ni...













antara rahsia warna ungu...

  • Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu. {yg ni mama dapat kat web ni}
  • Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.  {yg ni kat web ni}
sehingga berjumpa lagi..

12 November 2010

Lelong.com dan anakku

Skrg ni tgh update lelong.com...tp farhah asyik mintak dilayan je ni...jd tak dapet nak wat betul betul...nnt kan silap susah pulak mama nak adjust..

so kite layan dulu CIK NURUL FARHAH main dgn kereta nya...

"kereta kesayanganku"



ni lah tempat farhah duk main tiap hari
abaikan keadaan yg huru hara tu  :)

skrg ni dah pandai nak suruh org amik gmbar dia..
pantang papa @ mama pegang kamera...

sehingga berjumpe lagi..

Cats.....

Siapa yg tak kenal kucing...kucing adalah antara haiwan yg sangat comel n manja...rasenya kebanyakan org ada memelihara kucing...rumah my mom n MIL pun ade pelihara kucing...dr kecik lagi mama dah biasa dgn kucing..mayb skrg kurang sikit kot...kalu dulu2, suka sgt pegang kucing...

kalau adik mama, yg tu mmg suka sgt2 dgn kucing...dia suka sgt tido dgn kucing kesayangan dia..kalu dgr je bunyi kucing...mesti cari kat maner..takut kucing tu dlm kesusahan...
tak nak tulis byk ah..just layan je pic kucing ni... {kredit to Mr Google}










 hah...ni ade sorang lagi yg suka sgt kucing, nak tau sape

.
.
.
.
.
.
.
.
.

CIK NURUL FARHAH

kat luar umah ada lah kucing tapi yg org punya..selalu lah dtg kat dapur umah...mama selau gak beri makan kat dia...ada anak 3ekor..putih pulak tu...lagi lah cik farhah kite ni geram...
bila tny mane cats..dia pun sebut "catttttttttttttttttttt" sambil tngan tunjuk luar umah...
suka bebenor kat kucing...

ok..sehingga jumpe lagi..

b4 terlupe ade sale CD kat store mama..sila lah tgk...:)

11 November 2010

Kisah 2 Biji Benih

by -Tok Wan (FB)


Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.
Biji benih pertama berkata;

"Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."

Biji benih kedua pula berkata;

"Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat."

Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.


Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.

Kesian...

Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.
Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.

Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda... buka hati... kenali potensi diri!

Hari ini...

hari ini hari khamis, 11 november 2010.....tinggal sebulan lebih je lagi sebelum masuk tahun baru 2011.
setiap hari adalah hari yang baru untuk kita..
untuk kita memulakan satu kehidupan yang baru dan kehidupan yang lebih baik dari semalam...
tapi sedarkah kita akan semua itu...
kadang kala kita lupa akan semua itu...
kita anggap setiap hari adalah hari yang sama...
tiada beza dgn hari hari yang lain..
mungkin beza hanya apabila kita menyambut sesuatu perayaan @ ulangtahun @ hari yg istimewa shj..

semoga hari ini akan lebih baik dr hari hari yg sebelumnya...
sesungguhnya aku tidak ingin hanyut dibawa arus yg entah kemana arah tujunya...

herm, itulah sukit kata kata yg dpat mama coretkan buat pagi ini...
lain N3 nnt lak...
c u soon...

10 November 2010

Chinta...



Skrg ni tgh famous citer Chinta slot Akasia kat TV3 kol 6.30-7.30ptg...
mama pun tgk gak...lately ni rajin lah pulak tgk citer tu...bukan duk tgk pelakon dia, yg ramai suka n ramai tak suka...mayb ade jugak lah ..hehehe..tp yg penting jln citer dia...mama tak tgk sgt yg awal2 sblm dia pindah kay el...yg mama tgk pun dah part edy putra @ amar jd body guard dia..tu pun ade termiss.. 

citer ni kalu kite hayati betul2 ade pengajaran di sebaliknya, tu pun bg yg tgk dgn mata halus :) kalu tgk setengok tgknya mmg tak nmpak...

setiap yg berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya..hanya bergantung pada kite untuk menilai baik dan buruk sesuatu kejadian itu... 

Cnth nya...kebaikan yg Faradiya @ Sadatul pada Chinta @ Fasha akhirnya membuka hati Chinta untuk kembali pada Nya..walaupun pada mulanya Chinta mempunyai niat yg lain..niat di hati untuk merubah seseorg drpd jahat kpd baik insya-Allah akan termakbul...

semoga cerita ini akan menjadi pengajaran dan membawa manfaat pd semua...
sebenarnye kan, setiap cerita yg dipaparkan kat TV ade kisah, pengajaran  n manfaat yg boleh diambil..
pape hal pun bergantung pd individu itu jugak lah kan...

oklah...sehingga bertemu lagi di lain siaran... 

Niat di hati......

Niat di hati....niat ape yer...
mama sebenarnya teringin nak dekorate dapur..tp tak tau cmner nak buat..just google google je kat internet..
moga moga nnt akan ade idea yg sesuai untuk dilaksanakn...
bukan ape, cuma nak menampakkan seri n ceria sikit kat dapur...
mane lah tau, kot kot nnt asyik masuk dapur aje...
oklah ...just layan gmbr gmbr yg mama dpt dr internet...thank you Mr Google...







09 November 2010

Tido lewat

lately ni kan...mama selalu tido lewat, kdg2 sampai kol 2pg tak tido lagi..nak tau nape?????
jawapannya adalah.........................si comel mama n papa tak nak tido...so terpaksa lah layan dia dulu...kalau tutup lampu,mesti dia marah..sebab dia xnak tido lagi..tp bila dia ok...kite tutup lampu dia faham je...terus naik katil..
naik je katil tp mata tak lelap jugak..kdg2 tensiooooooooooooooon mama...papa mmg tak kan layan dah kalau esok dia keje...alih alih mama jugak lah...
mama mama ibu ibu ummi ummi kat luar sane, ade idea tak cmner nak bg farhah tido yg sepatutnya...maksudnya ikut jadual tido yg betul..
farhah ni kan..siang dia tak brp nak tido..maklumlah dah mlm2 tido lewat...bgun pun lewat lah sikit..kalu terbangun awal, dia akan tido semula..tp mlm tetap sama....
plssssss help mama...

best nya garfield tido.. :)
gmbr sekadar hiasan hehehe


08 November 2010

makan malam yang simple je...

kalu nak diikutkan N3 ni dah terlewat sudah...hehehe, yer lah makan malam mesti dah lepas lame dah..tak kan baru nak menjamu selera kot...
b4 masak makan malam td, tnye dulu papa nak makan ape..papa said ikut je lah..
so mama ckp, ape kate kite makan pasta goreng...papa ckp ok je..mama pun g dapur prepare ape yg patut lah...
akhirnya, inilah hasilnya


sebenarnye ade satu lagi..kentang dgn mayonis...tak sempat nak snap pun dah habis dimakan...mama buat tuk baby tp dia tak nak makan lak..so mama n papa rembat lah...papa ckp best lah pulak..next time kena wat lagi...hehehe

oklah..sehingga berjumpe lagi di lain siaran...

NO IDEA.....

N3 hari ni ....no idea. ntah pape lah mama ni...yer lah nak wat cmner tak tau nak taip ape..time cmni jd blur tak tau ape yg sesuai nak diciterkan...
alamak, farhah wat hal lak pulok...
ok lah..sehingga berjumpe lagi...

02 November 2010

TUJUH KALIMAH MULIA

Hari ni ade lagi satu tazkirah....mama nk share dgn semua...
harap dpt kite manfaat kan ilmu2 ini...lidah kite bila dah terbiasa ucap kata2 yg elok dan manis..insya-Allah semuanya kan manis :)

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Semoga lidah kite mudah untuk menuturkannya dan menghafal dan seterusnya menjadi amalan seharian...


01 November 2010

Isteri-isteri sentiasa DARA

salam ukhuwah salam ceria buat semua...

pg ni, mama buka FB n then ternampak satu page ni..so nak kongsi lah dgn semua isteri-isteri yg lain...
selamat beramal... :)


ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA 

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra  
  • Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 
  • ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.  
  • Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:  
(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,  
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),  
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan . 


wassalam.

30 October 2010

N3 di malam Sabtu

hari ni hari sabtu esok hari ahad....kejap nye mase berjalan..eh mase berjalan ke bukan berlalu pergi...hehehe..pape je lah..

start hari khamis mlm my mom dtg sini, n still with us..smlm (jumaat) ktorg g bw my mom g cheneh (berubat kat sana)...mama dgn adik mama bergilir2 bw my mom g berubat...dr paka ke cheneh dlm 85km gak lah..perjalanan dlm 1jam 15minit lah...meredah ladang2 kelapa sawit je sepanjang jln....hijau je.... :)

itu citer pasal semalam lah...citer hari ni, hermmmmm...ingtkan petang nak g taman permainan kat dungun..nak bawa farhah main2 kat sana....sekali hujan pulak ptg td..terus cancel... kite hanya merancang tp Dia yg menentukan segalanya...

bukan ape..last time hari khamis mama g jupe customer ni, dia nak beli Cloth Diapers....so plan jumpe kat situ...sambil mama layan customer,papa bawa farhah main2 kat situ..seronok sgt2 tgk dia waktu tu..tu yg cadang nak bawa farhah main kat situ lagi...lagpun kt situ luas...orang pun ramai...tak sempat nak amik gambr pun..dah syok sgt main ... siap dgn mama n papa lagi main...oppppssss..mama je yg lebih excited..papa relaks je...

insya-Allah kalu xde ara yg melintang, esok nak g Mesra Mall...itu kate papa lah...nak gi cari hashbrown..eh betul tak ejaan ni...kalu yg tak tau...alaaaa kentang yg macam kat McD tu...meh nak cari kat google jap ek..

hah,ni lah ghupenye...mekasih kat Mr Google..dapat gak tunjuk gmbarnye..yg realiti tak sempat nak snap coz dah masuk mulut..sowi yer..

Farhah suka sgt makan hashbrown ni, kalu dia tak nak mkn benda lain...mama akan goreng lah...kentang ni sedap so mama n papa kdg2 goreng lebih..hehehe

ok lah...kite jumpe lain kali lak ek...

oh hampir terlupe...pd sesiapa yg berminat nak beli CD , singgah lah kat e-store mama yer..
penghantaran terus ke rumah pun boleh, tapi sekitar sini je lah (paka, dungun, kemaman)
kalu balik kuala terengganu boleh lah mama hntarkan...

wassalam.

24 October 2010

kehidupan seharian....

salam ceria buat semua....
ntah ape tajuk hari ni pun tak tau..cm tak releven je..hehehehe

hari ni my mom dah balik kay tee semula , dah 3 hari my mom stay paka...
usually cmtu lah, bila balik dr cheneh g berubat..my mom akan singgah sini dulu...tgk cucu nya...cik comel kite lah NURUL FARHAH...sape lagi kan...

bila nmpk je tok dia dtg kat pintu,terus depa tngan nak suruh dukung, siap senyum lagi tu..senyum ade makno tuuuu...hehehe...kdg2 cian gak kat tok dia,tok pun kurang sihat skrg ni..tp demi cucu yg sorang ni, dukung lah jugak..

ke mana je tok dia pegi dlm umah mesti dia ikut blkg...senang citer keprluan tok , dia akn bg..(yg berkaitan n cik comel ni boleh buat lah kan.....)

terase sunyi lah pulak hr ni...cik comel ni pulak tido..maklum lah bgun awal sgt...pastu mula lah mengamuk nak tido...mlm2 tido lewat sesangat..kdg2 kol 2pg tak tido lagi...siap kena mare dgn mama dia...senyap kejap pastu bergelak ketawa lgi...alahai farhah...jgn lah wat mama dgn papa cm ni...ngntuk dibuatnye...

actually byk gmbar yg boleh mama letak kat blog ni, tp m*l*s sikit ah...hehehehe jangan mare..
gmbr kan boleh menerangkan segalanye...
ok lah..sampai ketemu lagi...

n jgn lupe jengah HADINA ONLINE STORE yer... :)

{mama ingat nak wat GIVEAWAY lah....nak promote HOS...hadiah?????mesti ade lah kan...kite tungguuuuuuuu}

20 October 2010

Citer last week...

ni citer yg last week punye...basi ke tak, mama tetap nak bercerite...
alkisahnye pd 17hb baru ni, ktorg merangkap mama n papa farhah bawa farhah gi klinik...farhah sakit ke?????? no lah... :) kali ni g klinik tuk dptkan injection (eh betul ke tulis ni)  yg last sekali...

sampai je klinik, lengang takde org..maklum je lah ktorg g kol 2ptg...hbs je tulis borang, tak sempat mama nak duduk..giliran farhah tuk jumpe doktor..masuk je kat dlm, bgtau yg dtg ni tuk suntikan tuk baby setahun setengah..gi timbang dulu...nak tau berapa??????? dlm 9kg je..oklah tu...

bila nak suntik, papa dia yg pegang mama tlg tenangkan dr belakang je..mula2 tak nangis, lepas tu bunyi dah sikit..mayb dia rase cm semut gigit sikit kot..tak lama pun nangis...dlm 1minit je..hahahapastu b4 balik boleh senyum2 kat doktor lak..

sekian lah dulu wat kali ni...sehingga berjumpa lagi :)

15 October 2010

18bulan...

hari ni genaplah umur anak mama, FARHAH 18 bulan...bila dah 18bulan kena gi klinik ah...so, bersiap sedialah anak mama nak g jumpe doktor nnt ye...hari ahad baru dpt g klinik coz papa keje lagi sampai esok...nak g mlm, cm dah lewat je...

mama harap farhah tak nangis nnt ye kena cucuk..:) anak mama dgn papa kan kuat...demam pun kalu nak tumbuh gigi...biasa2 tak demam lah pulak...last tuesday, ktorg belikan farhah kereta... farhah dah ade kereta skrg ni...cayalah...hahaha...bukan ape kesian tgk dia asyik naik kete org lain je...asal buka pintu pagar umah, mesti nak umah kawan dia..nak naik kete..hehehe

smlm mata farhah cm bengkak sikit..ingt mlm nak g klinik..siang tu mama sapu gamat n mkn Sun Chlorella A 4 biji...alhamdulillah hari ni ok je...tak bengkak dah...

semakin hari semakin nakal farhah...panjat sana panjat sini..mintak brg bukan mainan dia...tak kasi mengamuk lah pulak...isk isk isk...itu lah ragam anak....

24 September 2010

salam buat semua....

dah lame bebenor kami tak bersiaran kan....biasalah tu...sibuk dgn perkara lain...tapi lame2 rindu lah pulak kat blog ni...hehehe

farhah skrg dah berusia setahun lima bulan....bulan depan gi klinik untuk last injection...papa bulan dpn bz dgn kilang...may be mlm  dpt g klinik...bersiap sedia lah wahai anakku, FARHAH :)

HADINA ONLINE STORE dah selamat didaftarkan bawah SSM...sebagai langkah berjaga2....walaupun income biasa2 je,kena daftar lah jugak...bak kate pepetah "Sediakan payung sebelum hujan"...

brg2 tuk jualan semua letak dlm kabinet...tp bukan khas tuk dia lah..papa bgtau, nnt dia nak belikan kabinet @ rak yg khas tuk brg2 jualan mama...bila dah beli n siap kemas, mama tunjukkan gmbr nye...skrg takleh lagi lah...

sape2 yg nk beli CD (cloth diapers) boleh lah singgah kat HOS ( http://hadinaonlinestore.blogspot.com/ )

oklah...c u next time lah pulak yer...

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi