06 January 2016

Waktu Rehat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt...

Hari ni first time slps 4hari sekolah, mama pergi jenguk kakak Farhah kat sekolah waktu rehat. Asyik terdgr org ckp, dtg tgk anak waktu rehat. Dengan gigihnya, hari ni pergi lah.

Dlm 9.30pg dah sampai kat sekolah..kol 945pg baru diaorg rehat.

Mama try tak nak buat akak perasan mama ada kat situ..dari dekat mama nmpk kakak..tp kakak tak perasan pun...mungkin sebab tak jangka yg mama akan dtg..

Mama lihat, kakak jln sorang2 bw bekas mknn dan botol air. Lps tu cari tempat duduk kat kantin. Kakak pilih meja hujung sekali..kat situ belum ada org duduk. Kakak letak bekas mknn dan minuman. Kakak pergi basuh tangan. Mama senyum je. Kakak pergi tempat kakak..tarik kerusi lps tu duduk. Slowly kakak buka bekas mknn, keluarkan kek hokaido yg mama beli smlm. Amik sudu, then suap kek tu..sekali lagi mama tersenyum. 

Then slowly mama jln ke arah kakak. Mama diri kat situ n kakak tepandang mama terkejut. ahhh. senyum manis kakak tgk mama.

Dari situ mama tau, kakak boleh berdikari. 

Mama teman kakak sampai hampir jam 10pg. Then mama suruh kakak balik ke kelas. Sekali lg mama lihat, anak perempuan mama berjln sorang2 ke kelas. Kakak seolah2 menunjukkan pada mama yg kakak boleh buat.

I LOVE U sayang...



Promosi Jana Pendapatan Bersama Kasturi Emas


Tawaran istimewa
***************
Hanya RM350 untuk menjadi GOLD MEMBERSHIP Kasturi Emas


* dapat 7varient organic perfume
* dapat flyers
* dapat stater pack
* dapat buku resit/tempahan

TERHAD kepada 100 Nama sahaja!!

Jom jana pendapatan bersama Kasturi Emas..




05 January 2016

Update hari ni...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt...

Lagi perkembangan mengenai anak-anak... 

Hari ni hari pertama mama uruskan anak2 sendirian sbb papa kerja. Jadi agak celaru sikit lah..mcm2 ada kat fikiran masa tu, bimbang lambat lah, nk parking kereta kat mane etc..

Alhamdulillah, semuanya ok. Mama kena hntr kakak sampai ke kelas jugak hari ni. Dia xnk masuk sorang2...huhuhu. Tapi xpe lah, org lain pun ada je yg hntr sampai ke kelas lagi. Murid tahun 1 kan, baru nk kenal sekolah besar sikit. Masa tinggalkan dia kt kelas, mama intai dari celah tingkap nmpk dia lap air mata. Mama tau, kakak sedih sikit. Its ok kakak, mama always sayang kakak.

Adik cm biasa kena pujuk sikit, bg ayat power rangers ok lah dia. Asalnya xnk g jugak, tp bile sebut pasal planning hujung minggu ni, terus nk pergi taska. Adik good boy kan...mama pun sayang adik jugak.

Tghri ajak papa g amik anak-anak kt sekolah. Kol 12 lebih sikit dah kuar amik adik, then terus g sekolah kakak. G awal2, senang parking dekat dgn pagar sekolah..hihihi...ingtkan dah awal tp ada lgi yg awal rupanya...baca kat FB, kol 1130pg dah ada yg dtg...hihihi

Masa tunggu kakak tu perasan lah jugak, ada sesetengah parent ni just tunggu anak dlm kereta shj...anak-anak kena pergi kat kereta. ada yg melintas sendiri ada yg ke hulu hilir kat pagar tu, sampai pak guard kena minta murid2 darjah 1 tu masuk tunggu kat dlm pagar sekolah. Faham2 je lah sekarang ni mcm2 kes ada..ada yg kami perasan tu, pakcik guard siap tny lagi mane mak ayah? nmpk lah murid tu tunjuk jauh kat belakang kami..just nk makesure murid2 tu pergi ke arah yg betul. Harap mak ayah tolong alert sikit perkara cmni..kalau parking jauh pun, dtg lah amik sekejap kat pagar sekolah terutama yg darjah 1 ni, yg penuh keterujaan lagi..

Ok, cukup pasal isu itu.

Kakak hari ni bgtau yg dia kena tukar kelas. Kena naik kelas tingkat atas pulok.. ada lah bbrp org lagi yg sama2 dgn dia. Mama doakan yg terbaik utk kakak.
Esok mama kena hntr sampai ke kelas baru pulak lah. Patutlah td cm lmbt je dia kuar sekolah.

Adik excited nk bercerita juga, td kat school adik buat butterfly.. show to mama papa n kakak. Adik suka sekolah....hihihi

Td baru je siap isi buku rekod kesihatan murid. Semua butiran berkaitan kesihatan kena isi. Alhamdulillah, mama berjaya isi jugak lah dgn bantuan papa.
Kakak jenis darah ikut mama, adik ikut papa.

So far, alhamdulillah anak-anak xde masalah kesihatan yg serius. semuanya baik-baik belaka.

Oklah, time to sleep.

Jumpe lagi...selamat malam.

04 January 2016

Kesayangan Mama & Papa

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt...

Update for today 04 Jan 2016

Pagi td, mama biarkan papa yg hntr kakak ke kelas ditemani adik. Mama just tunggu dlm kereta je. Dah lps hntr kakak, mama tny lah cmne Farhah, hntr ke kelas atau depan pagar shj. Papa bgtau sampai ke kelas. Farhah tak gerak bila papa suruh masuk kelas sendiri. Pelik, sbb sblm tu mama dah tny, kakak ingt tak kelas kat mana..dia ckp tau. Rasenye dia sj kot nk suruh papa dia hntrkan. hihihi

Adik hari ni baik je...tak nangis pun bile g taska. nmpk happy je. tapi masa nk bangun tidur n mandi tu, mama kena "pok" dua tiga kali gak lah. Sbbnye adik tak nk mandi.hihihi.."pok" tu penumbuk. Bila dah siap mandi ok je lah..anak kecil lah katakan.

Lps anak-anak dah settle, mama papa g sarapan. Balik tu, papa mulakan alktiviti dia nk mesin rumput. Mama pun tolong jugak lah pape yg patut. Letih jugak lah, lgpun dah lama tak berkebun...hihihi.

Tghri mama kena g amik anak-anak, papa nk rest sbb mlm kena kerja. 12.30tghri g amik adik dulu, lps tu terus g sekolah nk amik kakak...tuuuuuu dia, punye lah penuh temapt parking kat luar sekolah. Duk ckp dgn adik, mama nk parking kereta kat mana ni adik? Last2 dapat lah jugak, tp still jauh. Bila dah nmpk ada murid keluar baru mama kuar kereta g amik kakak. Seperti yg dijanjikan dia tunggu kat pondok dlm sekolah. Muka happy je nmpk mama.

Masa dlm kereta, mama dah pesan siap2, esok mama hntr kat depan pagar sekolah je, nnt akak masuk kelas sendiri ye..kakak agree. Bile tnye kakak ingt tak kelas, dia ckp ingat...so yg pg tadi tu, sj je nk manja dgn papa dia.

Cikgu kat taska adik ada jugak tny, Farhah cmne kat sekolah baru? Alhamdulillah dia ok je. Mama dia biasalh sayu anak dah besar sikit kan...hihihi

Kakak seperti biasa, kalau ada benda baru dia belajar pasti dia akan ajar adik pulak.

"Maafkan saya, saya tidak sengaja".

Kalau cikgu bg paper, ckp "terima kasih cikgu"

Kalau cikgu dtg, "semua bangun..assalamualaikum wrt cikgu"
Nk balik "terima kasih cikgu".

Itulah antara coretan dr kami untuk hari ini.

Selamat malam semua.

Dapatkan Wangian Organik yang mempesonakan dgn aroma yang menghidupkan



03 January 2016

First Day School 2016

Assalamualaikum...

Update hari ini...

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan sesi 2016.
Kakak Nurul Farhah dah masuk darjah 1 di SK Seri Paka. Begitu cepat masa berlalu. Anak kecil yg mama kandungkan selama 10bulan kini dah berusia 7tahun. Rasa cm tak percaya je, anak kecil mama ni sekolah rendah. huhuhu

Hari ni, papa amik cuti utk tolong mama siapkan anak-anak untuk ke sekolah.  Mencabar jugak mama nk kejutkan 2beradik ni. Maklumlah dah cuti sebulan baru ni...kakak ok lagi, yg adik fuhhhh, boleh tahan jugak lah kerenahnya.

Pukul 7pg (lebih sikit ah) kami dah kuar. Kakak pulak tiba2 nk bawa waffle gardenia ke sekolah, terpaksalah terjah ke 7eleven. Sampai kat sekolah, mama hntrkan sampai ke kelas. Ramai jugak parent yg hadir, biasalah first day sekolah kan. Mula2 cadang nk tinggal terus je, tapi mama buat2 ada benda belum settle lagi..teman lah kakak sekejap. Kebetulan ada guru besar dtg lawat kawasan, tny nk ke perhmpunan terus atau cmne. Dia ckp, nnt cikgu kelas dtg iring. Tunggu cikgu kelas jap. Sblm tu dah pesan siap2 nnt bg fail yg smlm tu kat cikgu. Alhamdulillah, terlaksana.

Bila kakak dah masuk barisan dgn murid lain n pergi ke perhimpunan, mama slow2 bergerak keluar dr kwsn sekolah. Mama tinggalkan kakak di bawah jagaan cikgu sekolah. Berat rasa hati, tp kena cekal n kuat lah..mama ni berjiwa sensitif seperti arwah tok Farhah. :-( I miss u, Ma.

Then giliran adik Fahmi pula, alahai....sedih mama tengok. "adik tak nak g school"...mungkin dia dah biasa g sekolah dgn kakak, jadi rasa asing bila sorang2 g taska. Ada drama lah kejap, nangis tp tetap hantar.

Alhamdulillah, balik school semuanya ok.




Seperti biasa, mama akan tanye lah apa dibuat kat sekolah. Kakak, waktu mama sampai kat sekolah..dia dah tunggu kat tempat yg mama suruh tunggu. Tudung n baju tertumpah air milo..huhuhu. Biasalah budak2 baru masuk sekolah.

Itulah serba sedikit kisah hari ni.

Insya-Allah esok jumpe lagi.

Selamat malam.


02 January 2016

Hari kedua 2016

Assalamualaikum wrt...

Update aktiviti hari kedua 2016...

Esok kedua-dua anak mama papa nk masuk sekolah dah.. yg kakak dah masuk darjah 1, yg adik masih di Little Caliphs lagi. Sunyi pulak lah mama...huhuhu

Baju sekolah petang td dah iron siap2...bermulalah rutin harian yg baru mulai esok.

Kadang kala terlintas di fikiran, cmne esok ni...nak hntr kakak pastu nk kena hntr adik pula...kakak nk kena tunggu ke tak..masa hari taklimat guru besar dah pesan, tak yah tunggu. Hntar dan terus balik je. Cikgu2 ada je untuk handle murid2.

Tapi hati seorang ibu kan..semua perkara difikirkan nya..lagi-lagi anak sulung. huhuhuu

Td baru je siap tulis segala borang dan file yg cikgu bagi masa sesi pendaftaran. Awal2 tulisan comel lagi, lama-lama tulisan comel gak lagi cuma tak secomel yg awal lah.

Insya-Allah fail tu nnt Farhah akan bg ke cikgu kelas dia. Harap semuanya ok..

Ok, nk kena masuk tidur dulu..esok nk kena bangun awal. :-)

Selamat malam. 


01 January 2016

Salam tahun baru 2016

Assalamualaikum wrt...

Salam Tahun Baru 2016 buat semua.
Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Semoga kita sama-sama menambahbaik amalan kita dan menjadi insan yg sentiasa di bawah payung rahmat Allah swt.

Hari ini seperti hari-hari sebelumnya juga, cuma adalah sikit bezanya.
Hari ni juga, kami memulakan tabung baru kami, harapnya akan terus istiqamah sampai hujung tahun dan diteruskan ke tahun akan datang.

Jam 4.00ptg --- kami ke Mesra Mall Kerteh. aduhai, ramainya lah pulak org hari ni. Parking penuh. Dah lama tak tgk suasana cmni. Alhamdulillah selepas sekali pusing akhirnya ada tempat parking yg kosong..bolehlah kami park kereta kat situ. 

Satu perkara baru yg suami kami buat hari ni, dia catat no plat n warna kereta di sekeliling kereta kami. Nape ek??? Sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara yg tak diingini.cnth terlanggar sisi kereta ke atau apa shj yg berkaitan. sbb dah ada kes yg terjadi. Jadi, tak salah pun apa yg en suami buat.

Lps mkn kat PizzaHut, kami ke bahagian kering Giant...cari bakul beroda, nk isi brg2 mainan anak2.. minta izin juga nk beli baju tidur Farhah. Dapatlah 3psg..hihihi

Dah settle bahgian kering kita beralih pula ke bahagian basah...bukan basah semua pun.. on the way tu, Farhah berkenan dgn mainan ala-ala lego amber policar. dapatlah satu kat dia. RM15. Adik tak perasan kakak dia beli brg coz tgh bz dgn game kat phone.

Dah settle shopping, balik lah..apa tunggu lagi.
Dalam kereta, Fahmi baru perasan yg kakak dia ada mainan. apa lagi nak jugak lah..pujuk pujuk tak jln jugak..berhenti kat 7-eleven jap g tukar sticker dgn mainan. hari ni mmg hari bertuah Farhah, dpt teddy wonderwoman. adik merajuk lagi coz dia nk superman..aduhai anak...mama papa biar je lah.

Kejap yg sulung merajuk kejap yg adik merajuk..hermmmm..tp lps2 tu ok lah.cuma time merajuk tu lah yg tak larat nk pujuk.


Cmtulah setiap hari 2beradik ni, main main main elok je...tiba2 sorang merajuk. lps sesi ckp2, salah sorang akan g pujuk..chak chak kejap pastu ok lah balik. lama mane sangat lah nak merajuk, adik beradik kan.

Start smlm papa a.k.a en suami akan bg ubat resdung..dah 2mlm dia dtg, tiba2 bg pil 2biji. hihihi. apa lagi telan je lah.

So itulah kisah kami hari ni.

Esok kita mula kisah lain pula.

Selamat malam semua.

p/s: sblm tidur baca doa, calit minyak wangi kasturi. :-) 





Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi