Assalamualaikum...
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmah di sebaliknya.
Kadang kala kita terlalu cepat membuat keputusan dan kata-kata tanpa berfikir dahulu. Bila dah buat baru fikir baik buruk sesuatu tu..
Seeloknya sebelum kita membuat sesuatu keputusan tu, minta petunjuk dari Nya.
"Sekiranya apa yg bakal dipilih ni membawa kebaikan maka dekatkan lah dan moga dipermudahkan segala urusan akan tetapi sekiranya pilihan ini membawa kemudaratan maka jauhkan lah."
Pohon pada Nya... Minta pada Nya.
Jangan pernah mengeluh.. Jangan pernah berputus asa.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Wassalam.