17 August 2013

Senyuman buat ibu

Assalamualaikum...

boleh klik gambar untuk info

Di sini mama sekali lagi menyeru kepada semua yg mampu untuk menyumbang sedikit sebanyak setakat yg termampu untuk menceriakan warga emas di Kg Alai, Telok Mas, Melaka.

Mama hanya sekadar berkongsi info buat semua, di kala kita masih gembira menyambut Syawal jangan dilupa pada insan-insan yg memerlukan bantuan kita. Marilah kita sama-sama menceriakan mereka.

Setakat yg mama tahu, pihak penganjur sudah banyak melakukan aktiviti sebegini untuk membantu mereka yg memerlukan...tanpa usaha mereka mencari dan mewarwarkan aktiviti begini, kita sudah pasti tidak mengetahui keperitan kesusahan orang lain. Sekali lagi mama menyeru, marilah kita berganding membantu pihak penganjur menyumbang seterusnya menceriakan insan-insan terpilih ini.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari Facebook Volunteers Kl - Together We Care .

Hanya Allah yg dapat membalas kebaikan yg kita kerjakan.

Wallahu a’lam

Wassalam.

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi