27 February 2011

pregnant ke tak ek..

comel je tajuk entry hari ni yer...mesti ada yg fikir, eh ina pregnant ke...ooooooooooooooooooooooooops, jgn silap tau...entry kali ni buat tatapan semua yg masih ragu2 samada dia pregnant @ pun tidak..kadang kala kita terkena false alarm daaaaaaaa...ingatkan dah lekat dah tp tak...

macam mama jugak lah, byk kali jugak terkena false alarm ni...perkara yg selalu terjadi, loya n nak muntah..dgn missed period..yg dua ni mmg tak lari lah..bila tgu dulu, rupa2nya takde pape..@ esoknya tiba2period lah pulak..hehehe..tu yg kdg2 malas nak gi beli pregnancy test kit tu..sebab result tak seperti yg diinginkan..

kat bawah ni mama senaraikan antara simpton-simpton di awal kehamilan..tapi mayb hanya sesetengah akan ada dlm list masing2 dan ada yg kesemuanya...lain org lain rasanya...artikel kat bawah ni, mama dapat dari sumber ini tau.


1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.


dan setelah berjumpa doktor ...keputusannya positif, maka ucapan TAHNIAH mama ucapkan... 

dan mama pulak hehehe....nnt bila dah sampai masanya, dan ada penambahan ahli keluarga, mama akan bgtau...doa-doakan lah yer...

21 February 2011

berdua berangkat ke kay tee

hari ni mama n farhah akan balik ke kay tee, berdua sahaja...papa cm biasa keje...

skrg ni packing dah siap, cuma tunggu anak manja bangun tido dulu...kalu balik dgn papa,takpe lah tak yah kejut, just dukung je..tp kalu balik berdua, kena makesure dia bgun dulu, bimbang dlm perjalanan meragam lak..kan susah tu...nak kena berhenti pulak..

mama mayb balik dlm 5-6hari jugak lah...cm mama bgtau dulu, berulang alik balik paka-kay tee-paka.
nnt bila papa dah keje normal semula kami balik bertiga lah...

ok lah kalian semua...doakan mama selamat dlm perjalanan yer...

gonna miss my lovely hubby...
papa, mama caaaaayaaaaaaaang papa!!! mmmmuh
kite jumpe semula nnt yer...

20 February 2011

watermark yg chomel :)

baru baru ni, takdelah baru sgt mama ada tempah watermark percuma dari syamila design. chomel2 tau watermark yg dia buat free tu..

awal2 dulu mama tempah tuk kasih selamanya..dan terkini untuk hadina online store & contest sana sini.
mama puas hati dgn hasil kerja syamila design ni..

kalu ade sesiapa yg kat luar tu teringin nak watermark percuma, boleh lah lawat website syamila yer..mama dah link kan kat nama dia, just klik je..

nak tgk watermark mama punya...

tadaaaaaaaaaaaaaaa

***hadina online store***

***kasih selamanya***

***contest sana sini***

19 February 2011

farhah suka ajuk

dah lama bebenor tak update perkembangan permata hati mama n papa kan...farhah skrg ni dah pandai n pintar...setiap parent pasti memuji anak masing masing kan..sape lagi nak puji kalau buka parent dia kan..hehehe
yg paling mama n papa tak tahan bila farhah ajuk ckp mama n papa..setiap word yg kita ckp, dia ckp balik..

satu hari, mama marah (marah2 sayang) farhah, "cubit kan.."
farhah pun jawab, "bit..bit"
mama ckp, "duduk, nnt jatuh"
farhah jawab lagi, "tuh, tuh"

nak marah pun jadi tak marah..oh farhah comel ni..kadang2 bila farhah buat selerak umah, mama tny lah, "sape buat ni..kemas balik"...farhah dgn nada yg tidak bersalah,"wat..lik" sambil tunjuk tempat dia selerak barang mainan dia..

kat umah ni banyak lah jugak majalah pa&ma etc..farhah suka belek setiap page..kan byk gmbar kat dlm tu, dia suka lah..setiap inci muka surat tu dia tgk...satu hari tu, farhah belek lah majalah cm biasa...tiba2 dia kuar pegi dkt brg mainan dia dan amik botol bedak yg empty...(mama tak buang pun)hehehe..then dia letak kat page yg dia buka td..dia pun tunjuk sambil sebut, "dak..dak.." mama pun intai lah kat mana..tak nampak pun..rupa2nya..gmbar tu kecik aje..terletak di bahagian bawah hujung page..mama panggil papa, n kami senyum je..."tajam sungguh penglihatan anak mama n papa ni yer..n ingatan dia pun kuat".

setiap gmbar yg dia tengok, pasti ada bersama ingatan dia...kalu nmpak pic mainan, "ainan, ainan", botol susu "otol", air kotak Dutch Lady "lak, lak".. kalu brg tu ada dlm umah dia kan tny, "ner,ner".

itulah antara perkembangan farhah yg mama dpt coretkan kali ini..sebenarnya byk, cuma one by one lah yer..

ok..sehingga ketemu lagi..

18 February 2011

mood berblog

ntah kenapa sejak kebelakangan ni mood berblog kejap ada kejap takde, cm biskut chipsmore lak ye...
 
ntah kat mana silapnye...

baru-baru ni mama n farhah balik kay tee dan skrg kami dah balik paka semula..insya-Allah, hari Ahad @ Isnin balik kay tee semula...dlm masa sebulan ni cmni lah aktiviti mama n farhah..berulang alik dari paka- k.trg- paka.

nak ajak papa balik sama, dia sibuk turnaround (TA) kat kilang, 6 hari keje 1 hari off...penat tu...tak sampai hati nak minta balik sama2..jadi biar mama n farhah je lah balik..tu pun dgn keizinan suami tercinta jugak.. :)

my mom masih sama seperti dulu gak...kejap nampak surut dah bengkak kat muka tu, kejap nampak semakin bengkak.. tp yg pasti bengkak tu masih taknak hilang...sudah pelbagai cara n ubat kami usahakan...cuma belum ketemu yg serasi.. mungkin kami perlu mencari lagi..papehal pun semuanya berlaku dengan izin Dia jugak kan..kalu Dia kata baik, maka baik lah..kalu Dia masih ingin menduga dan menguji kita, kita kenalah sabar n redha atas ujian itu..

semoga kami sekeluarga sabar n tabah menghadapi ujian ini.


***SETIAP APA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA***

13 February 2011

oh my blog..

sudah sekian lama mama tak update blog kan...nape ek...hermmm, ntah lah. tak tau nape...

hari ni mama kembali bersiaran...bersiaran dari umah parent kat kuala terengganu..mama balik kay tee dgn farhah pagi tadi..papa tak balik tp dia izinkan mama balik dgn farhah..papa skrg sibuk dgn keje..nnt start TA(turnaround) pulak...bila TA mmg lagi sibuk..sebulan jugak TA tu..

mama bercadang nak ulang alik balik paka-kay tee....n papa izinkan coz memandangkan my mom belum sihat lagi..kalu nak tgu papa mayb lmbat lah sikit..papa ckp better cmtu lah..bukan ulang alik tiap-tiap hari tp minggu...

mama drive kete kancil je...nasib baik ada dr takde..keta kancil ni lah mama guna waktu keje kay el dulu n belajar..hehehe

oklah takde ayat nak tulis lah...kite tgu siaran lain lak yer..

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi