29 January 2011

batuk batuk

sakit tekak mama bila batuk tak berhenti...kadang kala sampai sakit kepala bila batuk..aduhhhhhh..



dan skrg ni pun tengah batuk...bila saat gatal tekak ni, ohhhhhh batuk pun tak berhenti...mlm mlm pun batuk...rase cian lak ke papa n baby nak tido..cm ganggu diaorg tido je..ntah ntah diorang tak dgr pun mama batuk...hehehehe

esok nak balik kay tee...hari selasa, my mom wat penbedahan ..moga2 segalanya berjalan lancar...mama akan stay sana lama lah sikit...papa akan blik paka tuk keje lak...

nak citer pnjang pun tak larat je...nafas kdg2 ikut mulut, dah hidung ni berair sgt...dan mama rase cm org sesak nafas pulak..bila tarik nafas rase cm sangkut je..tp ok lagi..

byknya dugaan yg Engkau berikan pada hambaMu ini...
moga daku tabah menghadapinya...

Misteri piano di pantai Miami selesai


PIANO misteri yang terdapat di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami pada Rabu lalu.


MIAMI, Amerika Syarikat – Misteri sebuah piano yang muncul di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami yang menarik perhatian dunia akhirnya dapat diselesaikan.

Seorang remaja, Nicholas Harrington memberitahu akhbar Miami Herald bahawa dia melakukan kerja itu dengan bantuan bapanya bagi menghasilkan satu klip video untuk membolehkannya memasuki sebuah sekolah seni di Manhattan.

“Kami memikirkan tentangsatu produksi yang besar. Satu muzik video epik,” kata Harrington yang berusia 16 tahun. Piano itu adalah sebahagian daripada siri set televisyen yang direka oleh bapanya dan disimpan di dalam garaj selama bertahun-tahun.

Para pegawai hidupan liar Florida mahu piano itu dibuang dalam tempoh 24 jam.

Jika piano itu tidak dibuang, Harrington dan bapanya akan dikenakan dakwaan membuang sampah merata-rata. – AFP

***sumber dari Kosmo Online***


28 January 2011

PERMOHONAN PERTUKARAN KOS PENTABIRAN DARI 3% KEPADA 1% (UJRAH)

Akhir tahun lepas, mama telah isi permohonan PTPTN pertukaran kos pentadbiran dari 3% kpd 1% (ujrah). Dan baru-baru ni dah dapat keputusannya..
inilah keputusan yg pihak PTPTN email.


dan sesudah dapt resultnya mama pun try lah untuk login semula kat PTPTN. mama login cm biasa kat e-fes dan guna kata laluan yg dia kasi. malangnya dia ckp no pin tak sah..pelik jugak..setahu mama e-fes tempat semak penyata.. rase tension coz try try tak dpt jugak...

2-3 hari lepas baru mama berpeluang call PTPTN...pastu tny lah yg password tu nak login mane sebenarnya...dgn baik hati dia pun bgtau, login kat permohonan online. rupa-rupanya kat situ..


klik kat no 02 Permohonan Online


 lepas tu isi no kad pengenalan n kata laluan yg PTPTN kasi kat dlm email.isi kat anak panah merah tu.



dan inilah hasilnya...tapi korang tak dapt lihat pape lah coz selagi tak hntar surat tawaran , maklumat kat dlm ni kosong je lah..

skrg ni mama tgh fikir samada nak isi @ tak...sebab baru-baru ni confius, ada yg mengatakan sistem baru ni tak menguntungkan peminjam tapi sebaliknya...

setelah buat kira-kira sendiri dgn papa, mama fikir nak proceed coz beza yg skrg 3% dgn 1% dlm seribu lebih gak..kiranya mama boleh jimat RM1000++

mama akan isi asap..tp tak leh lah lewat sgt smpai 90hari @ 3bulan dr surat twran..hehehehe..

kawan-kawan kat luar sana cmner?dah isi permohonan @ belum dan dah fikir masak-masak?

PILIHAN DI TANGAN ANDA !!!

26 January 2011

Demam selsema

Mama tak sihat kebelakangan ni..hari ni dah masuk hari ketiga mama demam...panas dah kurang tp selsema masih belum hilang..papa ckp kalu selsema amik masa gak, dlm seminggu baru reda...

mmg tak suka coz tak selesa..hidung lak asyik berair je...minggu dpn nak balik kay tee lagi...kali ni my mom akan wat pembedahan...tp bukan kt hospital...kat kg je...secara tradisional @ batin..eh yer ke, ayat mama ni...

baru ni dah pegi,kat jerteh....pergi amik no giliran n check..kami pergi awal sehari n stay kat AGRO RESORT SETIU... best lah jugak tmpt tu...nk citer pnjg2 tak larat lagi..hehehe..next time lah yer...

bye...

20 January 2011

Heartbeat heartbeat heartbeat

Perkataan heartbeat skrg ni makin bertambah-tambah dlm blog...buka sini heartbeat buka sana heartbeat.. mama pun tak ketinggalan lah join jugak..hehehehe...try untuk menambah tabung mama :) tabung mama kecik aje..

rasenya semua org dah tau ape tu heartbeat kan...tak perlu lah mama explain kan..."rajin nye mama yer" hahahaha.. ikut ape yg mama check kat blog kawan-kawan yg lain, heartbeat ni dah kisah kalu kita dah ada nuffnang pun...jom lah pakat join sama...

klik je kat HEARTBEAT mama tu yer..kat atas ada, kat tepi pun ada...

kalu nak tau cmner nak letak HEARTBEAT ni, korang boleh lah terjah blog kakyong ek...hehehe..."kakyong, mohon dibenarkan yer"...tak susah pun nak join HEARTBEAT ni...

andai kata tak nak join pun takpe lah...tp kalu nak something yg special @ nak cari hadiah ke @ nak yg kelainan terjah lah kat HEARTBEAT yer..klik je kat atas atau tepi tu...janji puas hati lah tgk koleksi dia...

 
ni antara koleksi yg ada di HEARTBEAT..comel kan..request je nak yg cmne...gerenti dapatnye..jgn lupe terjah kat HEARTBEAT tau..

belajar mlm hari

hari ni pada yg bercuti selamat bercuti lah yer...pada yg tak bercuti jgn sedih-sedih, nnt akan tiba giliran kite bercuti pulak.. :) hari ni papa kerja setelah ber"off" 4 hari...

farhah pun seronok lah sepanjang hari tu dpt main dgn papa dia...sampai mlm pun tak sudah lagi..hehehe

skrg ni, farhah ada satu perkara baru yg dia akan buat bila time nak tidur...sebelum masuk bilik, dia pasti mintak buku n pen @ pensel...pastu masuk bilik naik katil..nak tau dia buat ape..

dia mintak papa @ mama ajar ABCD....kami pun tulis lah sambil baca...farhah akan ikut baca sama..padahal siang td @ before masuk bilik dah belajar...isk isk isk...

takpe lah papa kate..dia nak belajar..:)


dan ini adalah salah satu song yg farhah suka...jenuh gak mama nak pilih yg mane...mama cari kat u-tube..
farhah suka mayb sebab rancak n comel tgk hamsters tu..

layan je lah video tu yer...

jumpe lagi..

19 January 2011

Mood bercelaru

Ntah nape hari ni mood mama tak menentu dan bercelaru...byk diam je hari ni...bila dgn farhah, kena ckp lah...maklumlah budak dah mula tumjuk minat kat sesuatu...kena layan kalu tak, nangis lah dia...

tapi kalu mama tak layan jugak, papa dia lah yg tlg layan kan..tapi skrg mama dah ok sikit...dah senyum dah ckp2..boleh gurau dah..

kalu ikut papa, tu tanda mama nak dtg period.hehehehe...papa mmg tak kan layan sgt lah dgn perangai mama mase ni, papa tau...mood tak menentu tu pasti mama nak "cuti"... suami yg memahami isteri...how about mama? mama memahami papa tak...hehehe...isteri mana tak sayang suami...cuma kdg2 terbawa2 perangai kebudak-budakan sikit..

syukur, papa adalah jodoh mama. papa melengkapi mama...mane yg mama kurang papa tambah..mane yg papa kurang mama lak yg tambah...suami isteri saling melngkapi antara satu sama lain...

oklah kawan-kawan, sehingga ketemu lagi..

18 January 2011

Trip To Pantai Kemasik 18-Jan-2011

Hari ni kitaorg pi Pantai Kemasik. Dh lama rancang nak pegi tp xberkesempatan. Cuaca OK aje, so lepas asar gerak ke Pantai Kemasik. Dlm 30 minit drive dr Paka.

Sampai kat sana, kitaorg makan la dulu. Order A-B-C, keropok dlm 10 btg (RM2) and sotong satu pinggan. Ni le kedai yg kitaorg pegi tu.



Dh tau laut gelora skrg ni tp kitaorg tetap order. Saje nak rasa. Kt Pantai Paka dah biasa, nk try yg ni plak.



RM13 satu pinggan (2 ekor). Hari biasa dlm RM10 - RM12. Besar gak la. Yg bestnya, sotong tu lembut. Memang sotong segar la. Lepas order, baru goreng. Kalau kat Pantai Paka dah siap goreng, pastu panaskan semula. Memang berbaloi la bagi kitaorg.

Sblh ada satu kedai tp bukan kedai tu yg aku nak cerita. Aku nampak something yg menarik:



Kat tepi pantai memang angin kuat tp kalau letak batu atas tv, memang kuat bebenor la tu kot ...

Lepas makan, pi pantai plak. Aku dok sibuk ambik gambar pantai. Bini aku lak dok main ngan baby.

Antara gambo yg diambil:



Ada org dok tengah surf:



Mama dok ngajo ABCD kat anok:



Masa ni mentari start terbenam. Tu ada kaler kuning sket:



Shutter 1/4 s, ISO 220, F 32:



Ombak menghempas batu :



Bergambo satu family. Nasib baik bwk tripod Jusino:



Snap bbrp gambo lagi sblm balik:





Ada kesempatan nak pegi lg tp sblh pagi la. Leh snap gambo mentari nok tubik (keluar) ...Hehe.

buaya buaya buaya

lately skrg ni ade aje citer pasal buaya yer..kejap timbul kat sana, sini, situ...buaya-buaya ni mula nak tunjuk yg dia ada kat situ kot..

dan skrg kat Kuantan lak yer...biasa tgk kat zoo je...yg beza tgk zoo dgn tmpat sendiri adalah kurungan dia...yg zoo selamat sikit..yg depan depan cmni, eeeeeeiiiiiiiiii takutlah...

moh kita baca berita ni yer...

Kecoh buaya muncul di Kuantan


INILAH buaya yang timbul di tasik buatan di Taman Seri Inderapura, Kuantan semalam.


KUANTAN - Selepas kemunculan buaya tembaga yang menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Soi baru-baru ini, kini hampir 6,000 penduduk di Taman Seri Inderapura di sini pula kecoh dengan penemuan reptilia itu di sebuah tasik buatan di kawasan itu semalam.

Difahamkan, terdapat tiga ekor buaya mendiami tasik itu dan yang paling panjang dikatakan melebihi tiga meter.
Haiwan liar yang dipercayai menghuni kawasan itu sejak beberapa tahun lalu didakwa dilihat penduduk ketika timbul di permukaan air dan berjemur.

Situasi itu membimbangkan mereka kerana tasik tersebut terletak berhampiran sebuah sekolah agama rakyat yang mempunyai kira-kira 400 murid.
Seorang penduduk, Kamaruddin Ibrahim, 44, percaya buaya tersebut tersesat dari Sungai Belat dan masuk ke tasik itu ketika banjir besar beberapa tahun lalu.

***sumber dari Kosmo Online***

jadual yg padat...

smlm kami pergi Mesra Mall kan..pegi dlm kol 2.15ptg dan balik rumah kol 5.30ptg. hampir 4jam jugak lah duk sana...mesti shopping sakan kan...eh mane ada, papa ckp gaji belum masuk lagi, jd takleh nak borong sgt2 lah..beli yg penting2 je..

tp barang yg dihajati tak jumpe..iaitu botol kaca kosong dlm lebih kurang tuk 1L... jadi kesudahannya kami beli kicap cair 2 botol...hehehe..mama nak buat ape lah dgn kicap cair ni...2 botol lak tu...ala, cari je resepi n masak..kan kan kan... :) papa ckp dah susah sgt nak jumpe, beli  je lah botol kicap...kicap cap giant je...

ni lah kicapnye.. :)

hari ni lak, kami nak gi bank...nmpak cm byk duit je nak g bank kan,hahaha..mane ada...kami nak gi check pape yg patut je...pastu nak gi city-link kat dungun. nak buka akaun pos..nnt senang mama nak pos order..tak yah gi pos office, tel je suruh dia dtg collect...yg kecil2 mama pos laju je..tp kalu byk mama nak guna city link..lagipun sampul dia tebal...pos laju nipis sikit ah..itu berdasarkan pengalaman mama n papa lah..

ok lah...c u later yer..


17 January 2011

Irwansyah dah berkahwin

selamat tengahari semua...

hari ni mama nak jalan-jalan dgn papa n farhah...kami nak gi Mesra Mall, Kerteh.
semlm operasi mama nak cari balang kaca yg besar tercapai..

hari ni nak cari botol kaca lak...kat Pasaraya Ten Ten smlm tak jumpe @ mmg takde...
nak buat ape yer...adalah...
nnt dah buat mama bgtau yer..hehehe, kasi suspen sikit

hah, kat sini sape suka @ peminat Irwansyah, ala pelakon Indonesia tu yg dulu famous citer My Heart...
dia dah kawen..nak tau citer..baca yg kat bawah yer..

 

Irwansyah berkahwin dengan pelakon sinetron


GAMBAR yang disiarkan akhbar Jawa Pos semalam menunjukkan tangan Irwansyah dicium isterinya, Zaskia Sungkar.


JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta.
Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.
"Takut salah ucap," katanya.

Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.
Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi 

***sumber dari Kosmo Online***

16 January 2011

Ashraf cuma guna al-Quran


JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.

Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main. 

Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ. 
Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.

Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Hijrah
“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.
“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.
“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.
“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah. 


PUSAT Perubatan Syifa’ Al-Hidayah di Gombak, Selangor, tempat Ashraf mengamalkan ilmu perubatan Islamnya.


“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.
Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ.
Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.

Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.
Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit.
Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit.
Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.
“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.
“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.
“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.
“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.
“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.

Berlakon
Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.

TIADA khidmat makhluk halus, Ashraf sekadar berdoa dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk merawat pesakit.


“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).
“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.
“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.
Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.
“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.

***sumber dari Kosmo Online ***

oh sakitnya mulutku..

Dah dua tiga hari mama sakit mulut...actually bukanlah sakit mulut sampai tak leh nak ckp...sakit ulser mulut...kali ni ulser kena kat bawah bibir....bila nak berkumur je mesti sakit..

cakap macam biasa lah kat umah...dah namanya mama, mesti byk mulut kan..hehehehe

Cmne nak tau ulser ni ek...pernah tgk tak dlm mulut bila rase sakit kat bahagian dalam pipi atau bawah bibir..kalu nmpak ada tompokan warna putih, itulah ulser.

Tompokan putih tu adalah sejenis kudis yg terdapat dlm bahagian lembut mulut kita.Selain pipi,  lidah pun boleh kena ulser. Mmg sakit sampai kdg2 hilang selera makan dan minum..dan tak nak bercakap...dulu, waktu mama keje, adalah opismate mama ni asyik diam je hari tu..pelik gak nape dia diam. selalu dia byk ckp.
Rupa-rupanya dia kena ulser..tu yg dia malas nak ckp..sakit.

ni contoh gmbr ulser mulut..bukan mama punye tau

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.  

Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut:
a.
Banyak minum air suam.
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.

Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut. {sumber diperolehi dari sini}.



15 January 2011

1tahun 9bulan

Hari ni sebenarnya anak kesayangan mama dan papa dah mencecah umur

1 TAHUN 9 BULAN

sekejap je masa berlalu...tak lama lagi 2 tahun lah..

sungguh cepat sampai kekadang mama tak sedar yg anak mama dah besar
last time mama tertanya-tanya, farhah dah boleh buka laci almari dia ke..
tinggi tu..rupa-rupanya bila diamati farhah dah tinggi  lah..

oh..terharu n sebak pulak rasenya..
yer lah anak dah besar..mase baru lahir kecil comel je dlm dakapan mama...
skrg pun asyik berdakap jugak..hehehe

I LOVE YOU SAYANG MAMA & PAPA, NURUL FARHAH
semoga Farhah menjadi anak yg solehah,
taat pada suruhan Nya,
insan yang berguna kelak.

mama cadang nak letak gmbar farhah dr kecil tp tak jumpe lak kat mana...

papa yg simpan, mayb dlm external drive yg lain kot..
mklumlah file byk sgt, so asingkan dlm beberapa external drive...

ok lah...c u all again..

Gaya si comel mama

semalam mama mintak tlg papa ambilkan gmbar CD nak letak kat blog store..

kemudian ada lah sorang budak comel ni dtg nak posing...
mintak papa dia ambilkan pic dia lah..

papa sibuk nak ambil gmbr CD dia pun sibuk nak tlg gak...
mama terpaksa alih perhatian dia jap..tp kejap je lah..

kemudian budak comel ni dtg lagi...
lepas siap sesi foto dgn CD, mama pun mintak lah papa ambil foto budak comel tu..

cian tgk dia nak berposing posing...
layan je lah gmbar kat bawah yer..

hai papa..ok tak cmni...


herm...nape tu???????


lihat gigi farhah..putih kan...

Sample dah sampai...

Hari ni, sample produk dah sampai kat umah...nak tau sample ape...







mama pun tak tau cmner rasenye ..kena try dulu lah...


The easy way to add fibre to every meal!

  • Introducing - Benefiber Powder; made from 100% natural ingredients that you can mix into food, beverages*, even your cooking.
  • Why Benefiber goes with all kinds of food:
Non-thickening
Taste-free
Sugar-free
*Not recommended for carbonated beverages*

13 January 2011

menu tghari

memandangkan papa keje siang hari ni, mama tak cadang nak masak beria-ria sgt lah.
mama nak masak nasi bubur je....ntah tekak rase nak makan bubur shj.
skrg nasi ats dapur dah...belum jd bubur lagi..hehehe..kena tgu lah dulu..
mama tambah lobak + kentang dipotong dadu.
farhah kan suka lobak...
nugget + bebola dah goreng..nnt leh mkn dgn bubur
yummy yummy
nnt dah siap makan sama-sama...

DOSA GUGUR APABILA SUAMI,ISTERI BERSALAM......


  1. Dosa gugur apabila suami,isteri bersalam. Rasulullah s.a.w bersabda,yang bermaksud: "Seseorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya,maka ia dlm kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yg riang gembira kpd suaminya & memohon kerelaannya.
  2. Begitulah besarnya harga senyuman seorg isteri kpd suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yg sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dlm keletihan.
  3. Muka yg masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami,malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan drpd suami.
  4. Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pd keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dgn penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf ,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pd hari itu.
  5. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
  6. Andai mempunyai anak-anak,ajarlah mereka itu utk selalu bersalaman dgn ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kpd org tua.
  7. Kebahagiaan rumahtangga terletak pd akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula,tentu ia akan menjadi penghibur dlm rumahtangga.
  8. Oleh itu,wahai isteri hendaklah berlumba-lumba utk menjadi seorang isteri yg solehah,yg bertakwa,berakhlak mulia dan taat kepada suami.
  9. Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas ,maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Semoga ianya menjadi pedoman dan panduan buat kita semua.
Renungan ini dari Azrif Lyn.

 

12 January 2011

Selamat pagi semua...

Selamat pagi Rabu semua...semoga hari ni lebih baik dari semalam..

hari ni, my mom dah balik kay tee semula setelah hampir 2minggu berada di paka. condition my mom masih lagi sama tidak berubah. dilihat dari luar seperti dahulu jugak..tapi kat dlm tak pasti bagaimana.

pelbagai cara kami gunakan..berubat sana sini..kadang kala nmpka semakin ok kadang kala semakin teruk dan kadang kala seperti tidak berubah. mungkin belum ketemu dengan ubat yg betul-betul serasi dengan diri.

tp semalam, waktu pergi berubat dekat kemasik, uncle yg mengubat my mom ada berikan ubat @ perubatan tradisional yg didtgkan khas dari China. harap-harap ubat ni berkesan.

terasa sedih n sepi pulak rumah ni tanpa ibu di sini... hampir 2minggu my mom saty here, jadi kekok pulak bila my mom balik kay tee. "Ma, akak doakan ma agar cepat sembuh...boleh main dgn farhah, cucu-cucu ma macam biasa...akak sayangkan ma".. sebak lak rase. air mata dah ngalir dah ni..

tak boleh nak karang pnjg2..kena relax dulu.

ok, c u soon.

10 January 2011

Kerja Gila - part III

   Kereta mulai bergerak ke entah kemana arah tujunya aku pun tidak ketahui. Aku berharap agar aku selamat sampai ke kolej ku. Dalam hati, hanya Tuhan yg mengetahui betapa aku takut sekali dengan situasi sekarang. Keadaan di luar amat gelap gelita. Suasana sepi menyelubungi kami seisi kereta. Tak lama selepas itu, aku melihat ke luar kereta. Hanya gelap dan gelap. Dalam kegelapan malam itu, hanya diterangi lampu jalan aku dpat melihat bangunan lama yang terbengkalai. Semakin takut aku dibuatnya. Kadang kala lelaki yg baru kukenali di Hentian Putra, Rizal berbual denganku. Mungkin dia merasakan ketakutan yg aku alami.

   Lama kelamaan, kami melalui kawasan perumahan. Lampu-lampu jalan dan kedai-kedai yang masih dibuka membuatkan aku berasa lega seketika. Tiba-tiba kereta diberhentikan di hadapan sebuah kedai. Kedua-dua lelaki keluar. Kemudian Rizal juga keluar. Tinggallah aku keseorangan di dalam kereta. Apa yg harus aku lakukan ketika ini. Hendak lari atau duduk sahaja di situ. Lari kemana dan kenapa aku harus lari. 

   Sedang aku leka memikirkan apa yg harus dilakukan, Rizal pun muncul dan masuk ke dalam kerata semula. Rizal memberitahuku, yg kawan-kawannya ingin merokok. Jadi mereka keluar kerana bimbang aku tidak selesa. Padahal aku memang sedang dilanda takut dan tidak selesa. Aku hanya tersenyum. Tidak lama selepas itu, kawan-kawan Rizal pun muncul semula. Kami meneruskan destinasi kami, iaitu menghantar aku pulang ke kolej. Aku berharap ianya benar.

   Seperti yg aku katakan tadi aku masih lagi asing dan baru di bumi Kuala Lumpur. Kawasan sekitar kolej pun aku masih lagi kurang arif. Kami melalui satu kawasan perumahan elit dan tiba-tiba aku seperti mengenali bangunan yg kami baru lalui. Oh, itu asrama tempat aku tinggal. Waktu itu, aku hanya tersenyum tanpa henti. Syukur pada Mu Ya Allah. Kawan Rizal memberhentikan keretanya di hadapan kolej. Rizal bertanya padaku samada pak guard akan bertanya ke kalau lambat. Aku mengiyakan. Rizal sama-sama keluar kereta bersamaku. Dia dengan baik hati mempelawa untuk mengangkat begku. Sebelum pergi aku sempat ucapkan terima kasih ku pada kawan-kawan Rizal. Jika tidak dengan pertolongan mereka, aku belum tentu sampai ke kolej.

   Sampai sahaja di pondok pengawal, Rizal memberanikan diri memperkenalkan dirinya sebagai abangku. Aku tersenyum lagi. Oh baiknya hatimu Rizal. Rizal memberitahu pak guard yg aku baru sampai dr Terengganu, bas lewat sebab banjir di Pahang. Pak guard hanya tersenyum dan membenarkan aku masuk ke kolej. Sekali lagi aku berterima kasih pada Rizal kerana menyelamatkan aku dari pak guard. Mungkin pak guard sudah maklum, banjir sedang melanda negeri pantai timur jadi dia tidak menahan aku. Kemudian aku masuk ke kolej dan Rizal pergi meninggalkan aku.

   Waktu itu, jam sudah menunjukkan jam 12.30mlm. Aku bergegas menuju ke bilikku. Aku tahu sudah ada roommate yg datang kerana lampu terpasang. Memang betul tekaanku, rooomate dari Sarawak dan Perak ada di dalam bilik. Mereka belum lagi tidur. Sesampainya aku dalam bilik, aku terus bercerita kerja gilaku mlm itu. Kawan-kawanku terkejut dengan tindakanku itu. Meraka cakap, "bahayalah ikut org macam itu aje, dah lah lelaki..eiiiii takut. Buatnya diaorang buat sesuatu yg tidak baik macam mana, tapi nasib baik ko selamat. Lain kali janganlah buat kerja gila macam tu lagi, tolong lah dengar yer". Aku hanya mengangguk dan tersenyum. 
   
   Sebelum itu, aku telah menelefon ibu memberitahu yg aku sudah selamat sampai ke kolej. Ibu bertanyakan samada abgku yg mengambil dan menghantarku ke kolej. Aku memberitahu ibu siapa yg menghantarku. Ibuku mengucap panjang. Dia cakap lain kali jangan buat macam itu lagi, ibu bimbang apa-apa terjadi pada anak ibu. Aku berjanji pada ibu tak akan ulangi lagi perkara ini. Aku bersyukur perkara ini dah terjadi dan aku selamat. 

   Bagaimana perkenalan ku dengan Rizal? Oh kami masih berkawan sehinggalah telefon bimbitku rosak dan kesemua nombor telefon hilang. Aku tidak tahu bagaimana dengan Rizal sekarang. Semoga dia baik-baik sahaja dan terima kasih sekali lagi atas pertolongan dia dan kawan-kawan dia mlm itu.

***TAMAT***

09 January 2011

Angkasawan Negara & Dr Halina Bakal Menimang Cahaya Mata Julai ini

Berita baik buat semua peminat setia angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar & isteri, Dr Halina.

Dalam status terkini Dr Sheikh Muszaphar melalui Facebook rasmi beliau, pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung Julai ini.


"We are looking forward for this coming July
for the due of our tiny baby astronaut ....
Just sharing the good news ....."


Begitu lah ungkapan yg dinyatakan beliau.

Taniah diucapkan buat Dr Sheikh Muszaphar & isteri, Dr Halina atas berita gembira ini.


Kerja Gila - part II

   Keesokan hari, ibu menghantarku ke stesen bas. Seperti yg dijanjikan bas sedang menanti kami warga penumpang yg nak pergi ke Kuala Lumpur. Aku bersalaman dengan ibu. Di kala itu hanya tuhan sahaja yg mengetahui betapa sebaknya hatiku. Selepas bersalaman dengan ibu, aku pergi mencari tempat duduk ku. Aku hampir terlupa yg aku telah memilih seat di hadapan. 

   Tepat jam 10pg bas pun bergerak meninggalkan negeri kesayanganku, Terengganu. Hujan renyai-renyai mulai turun menyembah bumi, seperti perasaanku di waktu itu. Aku, dengan diriku...pabila menaiki bas, sudah pasti aku akan tidur. Malas nak melayan suasana sekitar. Tidur lagi baik...hahahaha

   Kadang kala aku terjaga juga melihat kawasan sekitar. Tiba di Kuantan, oh dasyatnya keadaaan di sini. Rumah-rumah di sekitar ditenggelami air, hanya bumbung rumah sahaja yg kelihatan. Kasihan penduduk di situ. Sudah pasti mereka berpindah dan banyak kerosakan yg dialami. Jalan raya juga banyak yg ditenggelami air. Mujurlah bas ni kan besar dan tinggi. Tapi satu sahaja yg mengganggu perasaan ku, bagaimana dengan beg ku di bawah. Basah @ tak...janganlah basah....banyak bajuku kat dalam tu..

   Tiba di sebuah stesen minyak, bas berhenti. Pemandu bas bersuara, "Kite berehat dlm setengah jam". Aku lihat semua penumpang turun. Aku pasti destinasi pertama adalah tandas. hahaha.. cmne aku tahu, sebab aku pun sama macam mereka. Mak oi, ramainya org nak guna tandas ni. Tandas lak cuma 3. Memang jenuh menunggu. 

   Setelah setengah jam berlalu, bas pun bergerak kembali. Tidurku tak selena tidur di rumah. Ye lah macam mana nak tidur lena kalu duk dalam bas, asyik bergerak aje. Tapi tidur, tetap tidur walupun tidur-tidur ayam.

   Hampir pukul 11malam baru bas tiba di Hentian Putra. Mak oi, kebas seluruh badanku. Seharian hidupku hari ni hanya di dalam bas. Turun sahaja dari bas, aku terus mengambil begku. Syukur beg tak basah. Aku kemudian terus mencari kalau-kalau ada rakan-rakanku yg lain. Tapi ,tiada. Bas yg aku naiki adalah yg terakhir tiba. Ini bermakna, rakan-rakanku yg laion sudah sampai dan bergerak ke kolej.

   Aku terkesima sebentar. Apa harus aku lakukan. Takkan nak tidur kat stesen bas. Mane ada org. Semua org balik. Aku cuba menelefon abangku. Aku berharap yg dia sudi menghantarku ke kolej. "Hello, abg..abg katner? adik dah sampai kat kay el ni...ade kat hentian putra. Abg boleh ambil n hntar ke kolej tak?". Abg ku menjawab "adik, abg ade kat luar kay el ni. takleh nak ambik adik. adik balik sendiri boleh?". Oh, luruh seluruh hati dan perasaanku waktu itu. Aku hanya mengiyakan aje permintaan abgku.

   Aku termenung seketika. Tidak tahu apa yg harus dibuat. Aku masih lagi asing di bumi Kuala Lumpur ini. Tidak tahu ke mana harus kutuju. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang menghampiriku. Dia tanya kenapa. Aku dengan selamba memberitahu masalahku. Lelaki itu mengajak aku mngikutnya. Dia akan menghantar aku ke kolej. Rupa-rupanya lelaki terbabit telah mendengar perbualan aku dengan abgku.

   Bagaikan terpukau, aku hanya mengikut lelaki itu. Dia mengajak aku menaiki tren menghala ke Sungai Buloh. Aku tidak pernah pergi ke sana malah baru sekali menaiki tren bersama abgku suatu ketika dahulu. Lelaki terbabit memberitahu, kita harus ke Sungai Buloh dahulu kerana kawannya akan mengambil dia di sana. Aku hanya mengikut kata-katanya. Langsung tidak terlintas di fikiranku nasib apa yg bakal menimpa diriku.

   Sampai di destinasi yg di tuju, kami turun dari tren dan menunggu kawannya. Tak lama selepas itu, sebuah kereta muncul. Alamak, ada 2 org lelaki lah. Kereta tu pulak cuma 2pintu. Aduh...macam mana ni. Dia meminta aku naik dahulu. Seperti terpulau sekali lagi aku pun naik. Ya Allah lindungilah hambaMu ini dari sebarang musibah.

bersambung....

Benar @ tidak - Facebook akan ditutup

Mama baru je dapat khabar, mengatakan laman web sosial yang terkenal sekarang akan ditutup (FACEBOOK). Maksudnya tutup buat selamanya. Mama dapat khabar ni dari rakan blogger jugak, Pezol Style. Andai kata berita ini benar, mmg ramai yg akan bersedih dan bergembira. Big Boss cakap, dia tak bahagia. Kenapa??????????

Nak tau lagi boleh klik sini yer.


Kerja Gila

   Cuti semester dah nak berakhir. Tiket bas sudah pun dibeli. Aku terasa malas nak balik ke kolej. Tapi apakan daya, tugas sebagai pelajar harus kupikul demi keluarga tercinta. Sekarang ni musin tengkujuh sebelah pantai timur. Setiap hari hujan. Sampai baju kena jemur dalam rumah. Nasib baik rumah family besar sikit, boleh lah sidai kat dalam.

   Malam ni aku akan berangkat ke Kuala Lumpur. Entah bas ada ke tak, tiket memang ada tapi bas..takut tersangkut mana-mana coz sekarang ni kan musim banjir. Kat tv ada bgtau, negeri Pahang dah banjir, ramai yg kena pindah. Aku tidak pernah keluar jauh-jauh dari rumah bila time hujan macam ni. So tak berapa pasti keadaan yg sebenar di luar sana. Tengok tv tu lain citer lah.

   Seperti biasa, family akan menghantar aku ke stesen bas. Hati tiba tiba pilu dan sebak pulak. Ini yg buat aku tak suka, bila cuti lama-lama susah lah nak tinggal family. Aku ni manja orangnye. Bila dah sayang kat seseorang tu, memang susah nak tinggal. Inikan pulak family, lagi aku susah nak tinggal. Bas pukul 10.30mlm. Aku dan family masih menunggu kedatangan bas. Pukul 9.30, 10, 10.15mlm tp batang hidung bas pun tak nampak lagi. Aku rasa yg masih tinggal kat steen bas, penumpang bas aku kot. Tiba-tiba aku terdengar org buat pengumuman. Rupa-rupanya bas yg aku akan naiki terkandas kat Kuantan. Banjir teruk jugak kat sana, jadi diaorg tak dpt nak gerak lagi. Jadi, pihak bas, menyuruh kami pulang dahulu n datng semula esok. Bas akan gerak pukul 10pg esok.

   Dengar aje pengumuman itu,aku dan family balik dulu lah. Balik rehat-rehatkan badan, yg pasti esok aku kan dtg bersama ibu sahaja coz abah kerja.


{ok, kita sambung semula ek}



08 January 2011

Hadiah selamat tiba

   Tahun lepas mama ada anjurkan GA, hadiah mama telah pos pada awal tahun. Mama tertanya-tanya dan bimbang juga, takut tak sampai pada penerima @ pemenang. Alhamdulillah, hari ni mama telah ketahui ketiga-tiga pemenang selamat menerima hadiah masing-masing.

   Mama harap mereka berpuas hati dengan hadiahnya yer.

   Next time kalu ade peluang, mama buat GA lagi. Buat semua rakan-rakan maya, harap kalian masih sudi join GA mama ye...

hari tanpa beg plastik..

   Rasanya semua orang dah tahu kan, yang hari Sabtu adalah hari tanpa beg plastik. Di negara kita, ini adalah perkara baru tapi tidak di luar sana...mereka dah menggunakan paper bag @ cloth bag. Mereka dah sedar keburukan menggunakan beg plastik awal awal lagi...cuma kita agak lewat sedikit. Tapi syukur akhirnya kita sedar jugak.


   Seperti biasalah kan, kita tidak boleh nak terus stop dari menggunakan beg plastik secara mendadak. Nanti akan wujud perkara lain pulak. :) Mujurlah ianya dibuat secara beransur ansur. Sekarang hari Sabtu adalah hari tanpa beg plagtik...nanti lama lama setiap hari tanpa beg plastik..tak gitu kawan kawan semua.

   Last time, mama pergi beli barang kat Dungun. Dalam kereta dah ada cloth bag. Mama cakap kat papa "nak bawa tak beg ni, nanti takyah guna beg plastik". Papa cakap "bawa je". Senyum mama. Lepas tu kami pun pergilah ke kedai berkenaan. Kedai tu pun dah berwajah baru..almaklumlah kedai baru pindah. Dulu brg diaorg yg ambilkan, skrg layan diri yer. hehehe.

   Dah pilih semua yang nak, pergilah bayar. Lepas je bayar, mama bgtau nak guna beg kami..org kat kaunter tu senyum aje..dia dah keluarkan beg plastik. Dia cakap "kempen tak nak beg plastik ek". Mama senyum..

   Dan skrg, mama dah bgtau papa..letak siap siap paper bag @ cloth bag dlm kereta..mane tau bila keluar jalan jalan terasa nak shopping. Paling kurang dah prepare dlm kereta. Betul tak????

   Kawan kawan pun prepare lah awal awal yer..bimbang terlupa..maklumlah perkara ni masih baru bagi kita.


   Tapi, bab barang basah mama tak jamin lagi lah tak nak guna beg plastik. Papa pun ckp, susah sikit ah..hehehe. Walau bagaimanapun, kami akan kurangkan penggunaan beg plastik dari sekarang..

   Hari pun sama, tiba tiba je terasa nak pergi beli barang kat Tunas Manja. Hampir terlupa yang hari ni hari tanpa beg plastik. Mujurlah cloth bag ada dalam kereta. Mama tengok ramai gak org yg keluar dari kedai bawa barang macam tu je, takde plastik bag  dan takde paper bag...letak atas tangan cmtu je..diaorg tak ingat kot pasal isu ni.

   Mama dengan senang hati bagi je cloth bag kat cashier bila dia tny nak plastik bag 20sen. Pakcik kat sebelah duk tengok je. Macam pelik pulak. Rupanya pakcik dgn makcik kat sebelah tu tak beli pun beg plastik dan tak bawa paper bag. Jadi diorg bawa dgn tangan @ kudrat diorg je.

Moral of the story, jgn lupa bawa paper bag @ cloth bag walau dimana anda pergi. Sama samalah kita menjayakan kempen ini .

07 January 2011

Merlin

oh citer kegemaran mama sedang bersiaran mlm ni dlm mega movie...
ape lagi MERLIN lah...



dah lama tak kuar kan...
ok lah nak gi layan kat tv lak... 
see u all soon..

Bowling di pg jumaat



pg td mama ikut papa gi main bowling..
huh dah lama bebenor tak main..last sekali main mase belajo dulu2...
mmg lama lah...dan akhirnye hari ni mama main lagi..

ingtkan group dgn papa...
rupe rupenya..lelaki dgn pompuan asing ...
farhah pulak duk dgn mama...
seksa gak lah nak main....coz si comel mama tak nak duduk n tak nak org lain amik...
papa jauh pulok dr mama....
nasib baik ade jugak yg nak amik walau terpaksa pegi..farhah mengalah...hehehe
kejam kah mama????????
oh tidak.................

mama rase team mama yg paling lmbat habis
coz anak anak dgn mak nye..ayahnye seronok lah main takde gangguan...
bila si ayah dah beres..nah tlg jaga anak pulak ye..
maknye nak main pulak..hehehe

ktorg just main n having fun...tak kisah kalah ke menang...
menang satu bonus...tp tak pun...

kdg2 nak gelak pun ade...masing masing yg main mostly setahun sekali main, tu pun bila company anjur...
nama baling bola tp bunyinye mcm hempas je bola tu...gedegang gedebuk ntah cm2 lagi bunyi...

bola masuk longkang lah...boleh kate masuk longkang tu perkara biasa...
bila jatuh semua pin @ strike tu wah mmg luar biasa lah..hehehe
org yg menang mmg dah selalu main, ok lah..asyik strike aje...
seronok gak tgk nye...

yg pasti mmg fun hari ni...harap2 nnt ade peluang main lagi...
dah ckp kat papa, next time kita g main sendiri2 lah...gilir2 jaga baby...
papa kate ok je...suke nye hati..

oklah...kite sambunh next time lak yer...

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi