15 April 2013

Selamat hari lahir Farhah

Assalamualaikum...




Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran anakanda sulung 
NURUL FARHAH BINTI MUHAMMAD HADIAZIAM
yg ke 4.
Sudah 4 tahun usia kakak....tak sangka mama, anak mama dah besar yer..
masih lagi mama ingat saat nak melahirkan kakak..
mama dibawa masuk bilik bedah untuk C-zer.

Saat mama masih mamai lagi, sempat mama tnya papa..cmner kakak? ok tak? confirm dgn papa girl @ boy? nak bersuara tak mampu..just isyarat tulis atas tangan papa je...

Kakak adalah anak sulung mama n papa....kami sayang kakak....kakak lah permata hati kami yg pertama..

Mama n papa doakan kesejahteraan kakak dunia dan akhirat.

Semoga Farhah jadi anak yg solehah, 
kakak yg baik dan bertanggungjawab,
insan yg berguna dan berjaya di masa hadapan,
dikurniakan kesihatan yg baik,
akal fikiran yg cerdas, pintar, 
dan yg paling penting menjadi hamba yg taat pada perintah Nya.

Cupcakes ditempah khas untuk Nurul Farhah :-)

Wassalam.


08 April 2013

"Kehidupan"




07 April 2013

06 April 2013

"Saya nak jadi anak solehah"

Assalamualaikum...


Anak yg solehah sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.
Jangan kita lupa tanggungjawap kita untuk selalu mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan juga akhirat.


Wassalam.

05 April 2013

Demam oh demam...

Assalamualaikum...

Hari ni mood entry suam-suam badan aje..awal bulan papa demam dan sekarang mama lak selsema aka nk demam kot..anak-anak dah start rasa badan diorg suam-suam je....huhuhu. air hidung tak berhenti kuar...

Last February pun mcm ni gak, papa start demam n then mama ikut demam jugak..sungguh kuat ikatan suami isteri kitaorg ni ..demam pun nak sama-sama jugak..papa demam mama kena demam jugak..hahahaha

Ubat ke supplemen masih diteruskan..jgn pernah tinggal. Mungkin skrg ni cuaca pun panas terik, mudah terkena penyakit. Air jgn pernah tinggal jugak tau..minum sokmo.. bila cuaca panas cm ni, badan cepat kekurangan air.






Ok..kita jumpa next entry pula ye.

Wassalam.

note: demam demam pun tangan masih boleh menaip..nnt nk update pasal e-store pulak.

"Terima Seadanya"




note: papa pernah ckp " abg terima ayg seadanya"..kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..:-)

04 April 2013

"Love Your Family"


note: bila lah agaknya dapat gi main salji ..hehehehe

03 April 2013

"Doa Hamba"




02 April 2013

"Doa buat Suami tercinta"


Assalamualaikum...

Beberapa hari/minggu yg lalu, mama ada terjumpa satu doa, "Doa buat suami tercinta". Semestinya kita iaitu isteri mengharapkan suami yg dapat membimbing kita sebaik-baiknya. Kita ingin hidup bahagia bersama suami tersayang beserta anak-anak dan berharap agar keluarga yg dibina sentiasa di bawah payung rahmat Nya.

 

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan unt terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara unt. ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

"I LOVE MY HUSBAND"..

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin..



Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi