25 March 2013

"Minta Sentiasa"



Selamat Ulangtahun Kelahiran Aboh..



Assalamualaikum....
Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran ayahanda tercinta :-)

SELAMAT HARI 
ULANGTAHUN KELAHIRAN
ABOH :-)

Semoga Aboh sentiasa sihat tubuh badan,
tabah mengharungi apa jua rintangan,
semoga Aboh dipermudahkan segala urusan,
sentiasa disayangi oleh org sekeliling,
 sentiasa di bawah payung rahmat Nya
dan
semoga redha Allah 
mengiringi Aboh selalu.

Aboh, akok sayangkan Aboh seperti mana akok sayangkan Ma juga.
Setiap kata-kata nasihat, teguran dari Aboh akan akok ingat
dan akok akan cuba buat seperti yg Aboh ajar.

Wassalam.


 

23 March 2013

Pesanan buat semua...

Assalamualaikum...

Marilah kita sama-sama lihat, baca dan muhasabah diri.
Adakah kita semua peka akan pesanan ini????

sumber di sini

Semoga 6 pesanan ini tidak hanya tinggal sebagai pesanan tetapi sebagai panduan kita menjalani kehidupan seharian.

Wassalam.

19 March 2013

Jom ber"CD"

Assalamualaikum...

Just ingin berkongsi cerita dengan semua..baru-baru ni mama ada lah post status / share post dari Hadina Online Store kat FB. Post tu pasal CD aka cloth diapers yg mama nk clear kan.

Tup tap dpat komen dari kakak ipar minta bg kat dia, kira dia nak beli lah..katanya murah. Murah sebab nak habiskan stok dlm tangan. Kalau ikut harga asal takde lah murah mcm tu..hehehe. Harap penjual CD yg lain tak marah yer. Ini case nak habiskan stok tau.

Teruja sgt2 bila family sendiri nak try guna CD untuk anak mereka. Sebelum ni adik ipar..dia pun dah guna dari yg sulung hingga kedua..nnt ada lagi tu :-) walaupun tak fully CD tapi dapat minimize kan penggunaan DD. Cmner pulak dgn ibu-ibu di luar sana? Ada inisiatif nak bertukar dari CD kpd DD??? Jom kita pupuk kesedaran itu sikit demi sedikit..

CD ni boleh diwarisi untuk anak-anak seterusnya jika masih lagi elok digunakan. Ia macam pakaian kita jugak, selagi elok dipakai, selagi itu lah boleh diguna.. Disamping itu , ia boleh menjimatkan kewangan kita di masa depan. Beli skrg, walaupun sedikit lama-lama banyak juga. nnt dah tak perlu beli dah. Beli CD boleh guna berulang kali, beli DD sekali je guna.

Bagi mama, semuanya atas keselesaan ibu bapa itu sendiri. Kalau rasa senang maka senang lah jadinya. Tapi kalau tak mampu, jgn dipaksa-paksa nnt merana jiwa..yg penting kita cuba.

Ada org boleh fully CD kan anak, ada org 50-50 je..jadi ukur baju di badan sendiri.

Pada yg berminat nak ber"CD", boleh lah mula dari skrg..tak kisahlah sikit-sikit dulu xpe..lama-lama ok lah nnt..tp jgn sampai keterlaluan pula. Ber"CD" ikut kemampuan dan keperluan tau.

antara pakej yg lama

 Ok lah sehingga bertemu lagi.

Wassalam.



15 March 2013

Hikmah




"Perkhidmatan yg mantop"

Assalamualaikum...

Entry pg ni adalah pasal kisah mlm semalam..

Seperti biasa sebelum masuk tidur, papa akan tutup pagar depan. Apabila buka je pintu rumah, tiba-tiba terjatuh satu barang. Rupa-rupanya ada parcel dari Citylink atas nama mama.

"Ma, ada parcel dari Citylink ni".
"Hah ni mesti yg bunyi hon maghrib tadi,mayb dia ingat org solat ke dan tinggal parcel kat pintu".

Mmg waktu maghrib smlm ada dengar bunyi hon, ingatkan org sebelah. Tak sangka pulak ada delivery waktu tu..mayb byk sgt brg nk deliver hari tu kot. maklumlah jumaat cuti jadi hari khamis mesti nk clear semua. kecian lak kat diaorg mlm2 kena wat delivery.

Mama dgn papa berpendapat org yg sama buat delivery ni. Coz kami mmg dah biasa dgn citylink, dan kebiasaannya kalau kami keluar sekitar Dungun / Kerteh, diaorg akan tel dan tinggalkan brg seperti yg dijanjikan.

Terima kasih diucapkan pada pihak Citylink yg sanggup hntr brg walaupun dah lewat. Last time, minggu lepas kot..brg papa guna poslaju. Masa tu dlm kol 7mlm.. tiba-tiba van POSLAJU berhenti depan rumah.

"lewatnye hntar brg".
"hari ni byk sgt brg nak kena hntr, esok jumaat cuti..jadi kena try habiskan jugak lah"
"terima kasih byk2 lah yer"

begitulah perbualan ringkas mama dgn posmen poslaju :-)

Dan sekali lagi mama ucapkan ribuan terima kasih pada kedua-dua pihak CITYLINK & POSLAJU atas perkhidmatan yg mantop.

Outdoor Hanging Travel Wash Cosmetic Bag. 
 brg yg diorder :-)
kami pilih warna biru.

Wassalam.



14 March 2013

Tanpa Ku Sedar




"Header berwajah baru"

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga berada dalam keadaan sihat selalu. huhu mcm karang surat tak rasmi zaman sekolah dulu-dulu.. :-)

Ada org perasan ke tak ek, header kat atas sudah bertukar wajah..hehehe. rasanya lagi tambah ceria kan..comel je dgn kehadiran sepasang kekasih tu..mcm mama dgn papa je..hehehe.

Header ini sebenarnya telah dibuat oleh adik tersayang Miz Ruha, requested by me of course. Dia ada buat dua dan setelah berbincang dgn en hubby, dia suruh pilih yg skrg ni. Katanya lagi nmpak ceria.

Adik Chik, seperti yg telah dijanjikan..(ada janji ke??????????) nnt bila kami balik kuantan, abg long belanja, atas sebab sudi buat header untuk blog kak long. Terima kasih byk2 kami berdua ucapkan..Selepas ni boleh lah buka order untuk buat header. Abg long pun setuju dgn pendapat kak long.

Header pertama

Header kedua (pilihan pa&ma)

Cantik kan, header hasil kreativiti adinda kami ni..

Ok. setakat ni dulu mlm ni, jumpe lagi.

Wassalam.

12 March 2013

DOA UNTUK IBU BAPA




DOA UNTUK IBU BAPA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...





11 March 2013

09 March 2013

Senyuman




Ulangtahun kelahiran...

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah bonda tercinta. Sudah hampir setahun lebih Ma meninggalkan kami di sini. Akak rindu kan Ma..Setiap kali bila akak teringatkn Ma, hati jadi sayu.

Tiada lagi kedengaran suara Ma memanggil / menelefon akak. Tiada lagi kedengaran suara Ma memarahi / menasihati / mengingatkan akak dlam banyak perkara. Ma yang selalu tel ingatkan akak tentang byk perkara yg kdg kala akak lupa. Dan sekarang akak kena ingatkan diri akak sendiri sebab Ma xde nak tel / ingatkan akak.

Mmg betul org kata, bila org tu dah xde kita akan ingat setiap perkara yg dia buat. Ya Allah, Engkau tabahkan lah hati hambaMu ini menerima ketentuan Mu.

Ma, semoga Ma tenang dan bahagia di sana. Akak akan selalu mendoakan Ma agar tenang, bahagia dan berada di kalangan org2 yg beriman.


Di saat menulis entry ini, air mata tak putus-putus mengalir.

Setakat ni aje yg mampu diungkapkan.

Wassalam.

Luahan




07 March 2013

Puding Roti Marble Coklat

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...dah mkn tengahari? Kami mkn simple2 je..kakak tak nak mkn nasi,biasalah anak dara sorang ni..:-)

Tadi tghari lepas gi Pejabat Pos mengepos barang, singgah gerai jual kuih muih..beli sikit mknn cm apam polkadot, mee kari, roti john. pastu minta sikit kerapah / kerak hasil goreng pisang. yg itu Farhah suka bebenor makan nya.

Berbalik pada tajuk post hari ni, semalam ada lah buat sikit puding roti ni. sebelum tu buat kek coklat kukus..walaupun kurang menyerlah tp habis jugak dimakan.hehehe.

Puding roti ni, kalau mkn sejuk-sejuk sedap sgt. Kalau dlm bekas jelly tupperware tu, dah lah ada 6 biji..3 biji boleh mama mkn sorang2..yummy sgt2.

Nak tgk gmbar ke????????huhuhu. .gmbr tak jadi nk amik..tapi takpelah kan..



Nak resepi???????? boleh, tgk bawah yer. Resepi ni mama amik kat blog Kak Nor. Mama mmg suka terjah blog dia tgk resepi2 terkini. Terima kasih Kak Nor sebab sudi berkongsi resepi.

PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.



Selamat mencuba :-)

ZIKIR-ZIKIR PENENANG HATI

Assalamualaikum...

Di kala hati begitu runsing, resah, tidak tahu kemana arah tuju..
basahkan lah lidah dengan selalu berzikir mengingati Nya...
mudah-mudahan hati kembali tenang.

sumber di sini

Wassalam.

04 March 2013

Ubat Resdung

Assalamualaikum...

Ptg ni mama nak cerita pasal ubat resdung. Mama ni boleh dikategorikan ada resdung tahap sederhana kot. Apa yang biasa berlaku pada mama, tiap-tiap pagi mesti bersin tak ingat..lepas tu kalau bersih rumah yg berdebu pasti bersin lagi.

Awal bulan lepas mama ada beli supplement kat farmasi. Pada asalnya nak beli apa yg tertampal kat cermin farmasi, lepas tu pekerja farmasi bgtau yg tu kesan lambat coz sapu (jenis cecair). So dia rekemen jenis pil. Ada yg tahan sebulan dan ada yg tahan 2bulan. Akhirnya mama amik yg 2bulan.

Selepas seminggu pengambilan ubat tu, mama start demam. Badan rasa lemah n hidung asyik berair aje. Mula-mula tak perasan kenapa, then terfikir..kesan pengambilan ubat tu ke??? Mama fikir mcm tu coz pagi-pagi sebelum solat subuh, hidung tak selesa n bila hempus @ "seng" (bahasa trg) akan keluar hingus yg pekat dan bercampur warna merah.

Hari pertama keluar sekali kuar byk jugak lah..sori kalau mengelikan/menjijikkan teman-teman yg baca tp ni untuk rujukan atas pengalaman mama. Mula-mula terlintas gak nk amik gmbar tp geli pulak rasanya terus cancel niat. Terlintas di fikiran cmner lubang hidung yg kecil ni boleh kuarkan benda mcm tu..huhuhuhu. Selepas kuar hari tu rasa lega sikit hidung. Kejadian ini berlarutan selama beberapa hari jugak lah..yg bezanya saiz hingus tu..yg last mmg kecil je lah. Tapi hidung mmg rasa lega sgt2. Bila ditny pada pekerja farmasi, dia bgtau teruskan pengambilan ubat itu.

Dan sekarang ni, mama dah tak bersin lagi waktu pagi. Kalau ada pun sekali sekala je. Papa pun perasan perubahan pada mama. Kalau dulu bersin sampai gatal mata. Mungkin ubat itu serasi dgn mama. Alhamdulillah sekarang dah ok. Dengan izin Nya mama bertambah ok.

Sebenarnya ubat itu adalah usaha kita untuk mengubati sakit kita , yg menentukan sembuh @ tidak adalah Allah swt..jgn kita lupa semua itu..

Selain untuk resdung, ubat ini jugak untuk kulit, rambut. Rasa dia masam2 sikit. Dah lah besar, mama susah nak telan sampai kadang kala mama gigit bg kecil sikit..hahahaha. beginilah kalau tak reti nak telan ubat.


Ingin tau lanjut pasal produk ni boleh klik gmbr tu yer.

Syukur pada Nya ditemukan dengan ubat yg sesuai.

Pada yg ada resdung boleh cuba produk ni yer..pada mama, ianya berkesan. In Shaa Allah ianya mungkin berkesan buat anda juga.

Wassalam.

Lebih baik dari semalam...


gambar dari sini

Buat sayang-sayang mama,
Mama akan cuba sedaya upaya untuk 
menjadi ibu yang terbaik untuk 
Farhah dan Fahmi,
Mama sayang anak-anak mama :-)

03 March 2013

"TRUST IN ALLAH"




"Ma nak mee"...

Assalamualaikum...

Tengahari ni kami sekeluarga makan spageti je :-) semalam shopping, beli lah jugak spageti n sos nya sekali. buat bekalan di rumah. Sedang mama n papa mengadap PC n TV, kakak dtg sambil bw pek spageti, " Mama nak mee". Alahai anak ini, mlm2 begini nak mkn mee ke.."Kita buat esok je ek, mlm ni kan dah mkn td. kalau nak buat sikit sgt". Terus masam muka berselindung disebalik pintu cermin kabinet. Last nye mkn donut Big Apple.

So, as per promised mlm semalam mama pun buat lah. Boiled air, masuk spageti.

Farhah: Mama nak mee.
Mama: Jap lagi ek, mama baru je nak masak. Nnt dah siap kita makan ek.

Then buat sosnye. Amik yg dah siap dlm tin, just panaskan dan tambah sosej kat dlm tu.

Dan pun siap.

Farhah: Mama nak mee.
Mama: Nnt kita makan sama-sama. Panas lagi lah. Hot. Bila dah sejuk tak panas kita makan.

Berlalu pergi, dan papa panggil mandi dulu bersama adik.

Dah siap mandi, pakai seluar.

Farhah: Ma nak mee.
Mama: Ok jom kita makan. Papa, jom. 
Papa: Papa nak solat dulu.
Mama: Mama suap ke anak-anak dulu lah yer.

Bermulalah sesi suap spageti ke anak-anak. Farhah dulu pastu adik, bergilir-gilir. Wah sedap anak mama makan. Byk pulak tu. Habis satu pinggan,

Farhah: Ma, nak agi.
Mama: Ok. Pa, lepas ni kena buat stok spageti lah kat rumah. Anak suka benor mkn ni.

Begitulah kisah "Ma, nak mee".

Wasaalam.


02 March 2013

"NO PLASTIC BAG"

Assalamualaikum...

Hari ni seperti biasa, kami sekeluarga akan pergi TMC untuk shopping brg-brg rumah / dapur. Biasanya sebulan sekali pergi TMC, kalau habis bekalan pergi TM @ Tumas Manja je lah.

Dan seperti selalu, paper bag @ recycle bag akan dibawa. Dah stand by siap-siap dlm kereta. Tak kisah lah yg mydin ke, giant ke, tunas manja ke, tupperware ke, semua ada. bila nk shopping mesti bw keluar bersama.


Apa yang mama nak katakan di sini adalah..masih ramai lagi di kalangan kita yg tidak peduli akan slogan "NO Plastic Bag" especially on Saturday.
Rata-rata mama lihat org yg memborong, membeli belah kat TMC semuanya guna plastic bag @ tak guna terus (just letak je dlm troli).
Kadang kala terlintas di fikiran, apa sebenarnya yg menyebabkan org tak nak guna paper bag @ recycle bag? Beli pun hanya sekali bukannya kena beli acap kali.

Sedang mama bersembang dgn papa psl hal ni on the way ke parking kereta, mama terdengar ada suara bersembang sesama mereka: (lebih kurang ayat mcm ni lah tp maksud sama)

A: oh hari ni Sabtu, no plastic bag..(mayb diorg tgk troli kami penuh recyle bag kot..hehehe)
B: alah, bayar 20 sen je untuk plastic bag.

Mama cuma tersenyum coz kami baru memperkatakan hal yg sama iaitu just bayar 20 sen utk 1 plastik bag. Actually pada mama bukan pasal 20sen, yg penting kesedaran kita untuk menjaga alam sekitar untuk masa akan datang. Masa datang masa anak-anak kita hidup..tak kan kita nak diorg hidup dlm suasana yg tercemar..tepuk dada tanya sendiri lah :-)

Sekurang-kurangnya anak kita pasti berbangga dgn ibu bapanya yg sanggup berbuat kebaikan untuk masa depan mereka.

Mmg byk cara untuk kita jaga alam sekitar, tp ini antara cara yg paling mudah. At least kita kurangkan penggunaan plastic bag...dari byk jadi sikit dan terus takde plastic bag langsung.

Setiap kali pergi beli belah, mama akan perhatikan troli org yg membeli belah especially hari Sabtu kerana hari Sabtu hari NO PLASTIC BAG :-) walaupun hari Sabtu hari NO PLASTIC BAG tp org tetap dgn plastic bag...semoga org-org berkenaan sedar akan kepentingan slogan ini.

Kalau hari selain hari Sabtu, mama selalu juga bw recycle bag. Apabila tiba giliran nak byr, mama dah letak siap-siap recycle bag..dan cashier siap tny lagi,"nak guna yg ni ke?" mama angguk je lah. dah letak namanya nak guna lah. takkan nak pamer je kot..mayb diaorg nak corfirmation tu..positif thinking.

Sebenarnya semua org boleh buat, cuma nak dgn tak nak sahaja.. samada M*L*S @ buat2 tak tau aje..bergantung pada diri sendiri.

Begitulah kisah serba sedikit pasal NO PLASTIC BAG.

Ayuh sahabat semua, kita pastikan slogan NO PLASTIC BAG berjalan seperti yg sepatutnya dan tiap-tiap hari NO PLASTIC BAG :-)


Wassalam.



01 March 2013

KEBAIKAN & KEJAHATAN






Bercerai....

Assalamualaikum...

Kisah bercerai ni, mmg byk mama dengar..ada yg amik masa sekejap aje..cukup je 2tahun terus bercerai..ada yg makan masa jugak, kadang kadang sampai 4 tahun n lebih pun ada, baru bercerai.

Kalau sorang aje takpe lah lambat nak bercerai, tapi kalau dua org mesti sukar sikit..lebih-lebih lagi dah masuk 2 tahun lebih. Better bercerai aje. Untuk keselesaan dan kesenangan bersama.

Alkisah dgn mama ni, sejak 2 tahun lagi mama try utk bercerai..tapi tak jadi jadi jugak..asyik tertangguh aje..sebabnya tak sanggup lihat dia menyepi dan menangis. mama ni cepat lembut hati..hehehe

Dan sekarang dah masuk hari kelima kami bercerai...tak sangka pulak, dia dapat menerima nya. kadang kadang dia dtg  minta juga tapi mama ckp elok2 dan alih perhatian dia kat perkara lain. Bila ada perkara yg dia minat, maka lupa lah niat asal dia tu.

Teman-teman mesti tertanya-tanya, bercerai betul ke ni...

Haah, mmg dah bercerai pun setakat ni..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Mama dengan kakak Farhah dah bercerai susu badan 
:-)

Maka di usia 3 tahun 10 bulan (lebih kurang begitulah) kakak Farhah berjaya bercerai susu badan dengan mama. Bila Farhah minta, mama akan alih perhatian kepada sesuatu yang dia minat seperti:

#BISKUT MILO (biskut craker bergula cicah air milo)
#KARIPAP
#DONUT
#APAM ANGRY BIRD (walaupun tak rupa angry bird pun)

Bila makanan yg mcm kat atas tu ada, maka ok lah Farhah. Terus serbu yg itu..susu pun dia lupa.
Mama harap Farhah akan ok lepas ni..bila nak tidur, sometimes dia dtg tgk adik minum n sentuh2 aje..mama pun ckp lah "kakak dah besar kan, good girl..tak yah susu dah..tadi kan dah mkn biskut milo @ karipap@ etc" She just smiled.

Itulah kisah bercerai kali ini.

Sehingga bertemu lagi di lain siaran.

Wassalam.

Heartbeat Heartbeat Heartbeat

Usia Perkahwinan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Usia Anak Pertama Kami

Lilypie Kids Birthday tickers

Usia Anak Kedua Kami

Lilypie Kids Birthday tickers
 
Copyright @ KasihSelamanya-Hadina 2013 | All Right Reserved | Designed By Shahada Fauzi